Orang yang mula-mula menetapkan hijrah sebagai permulaan
tarikh dalam Islam ialah Saidina Umar al-Khattab ketika beliau memegang jawatan
khalifah iaitu pada tahun 17 hijrah.
Ada beberapa cadangan yang di kemukaan kepada Saidina Umar
al-khattab bagi menetapkan permulaan tarikh dalam Islam. Antara cadangan yang
dikemukakan kepada beliau adalah dengan mencadangkan tarikh kelahiran
Rasulullah SAW, ada pula mencadangkan kebangkitannya menjadi Rasul dan ada
mencadangkan tahun kewafatan Baginda.
Walaubagaimanapun cadangan-cadangan itu tidak dipersetujui
oleh Saidina Umar memandangkan hijrah adalah peristiwa terpenting antara
peristiwa lain, seperti mana katanya: “Kita membuat tarikh dengan hijrah
Rasulullah SAW kerana hijrahnya itu adalah perbezaan antara yang benar dengan
yang batil.” Dan pendapat itu disokong oleh Saidina Ali.
Penetapan Hijrah sebagai pemulaan kiraan tarikh kelendar
Islam bertitik tolak dari pendapat Saidina Ali ibn Abi Talib dengan
mengemukakan cadangan supaya menjadikan Hijrah Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke
Madinah sebagai permulaan tahun Islam. Mereka juga bersetuju dengan pandangan
Uthman menjadikan Muharam sebagai bulan pertama dalam sejarah Islam.
FUNGSI KELENDAR MASIHI DAN KELENDAR HIJRAH
Sebenarnya, wujud jalinan antara perkiraan tahun masihi dan
hijri (Hijrah) kepada umat Islam. Tahun Masihi dikira menurut peredaran
matahari (tarikh as-Syamsi) sementara perkiraan tahun hijri pula berdasarkan
peredaran bulan (tarikh al-Qamari).
Islam tidak menolak salah satu perkiraan tarikh berkenaan
dalam kehidupan manusia. Perkiraan tarikh as-Syamsi adalah untuk menentukan
musim atau aktiviti manusia. Daripada tarikh inilah manusia mengenal peredaran
musim panas, sejuk, menyemai atau menuai.
Sementara tarikh al-Qamari pula menentukan masa ibadat.
Peredaran yang tidak sama antara tarikh as-Syamsi dan al-Qamari menyebabkan
umat Islam dapat merasai musim berbeza setiap kali menunaikan ibadat tertentu.
Contohnya musim haji dan puasa. Mungkin pada tahun ini, umat
Islam berpuasa atau menunaikan haji dalam musim sejuk, tetapi beberapa tahun
kemudian pula dalam musim panas.
0 ulasan:
Post a Comment