Saturday 16 February 2013

Nabi Isa Tuhan??


Tidak ada para rasul meminta agar umat manusia menyembah diri mereka sendiri (rasul) apatah lagi meletakkan ke darjat Tuhan!!


Inilah kekeliruan paling asas dalam Kristian apabila meletakkan Jesus sebagai Tuhan.






Adakah memang Jesus mengajar pengikutnya agar menyembahnya sebagai Tuhan? Lihat sendiri di dalam Bible:

" For I have given unto them the words which thou gavest me; and they have received them, and have known surely that I came out from thee, and they have believed that thou didst send me." (John 17:8) 

Maksud :


 " Sebab segala firman yang engkau sampaikan kepadaku telah kusampaikan kepada mereka dan mereka telah menerimanya. Mereka tahu benar-benar, bahawa aku datang daripadaMU, dan mereka percaya, bahawa Engkaulah yang telah mengutus aku." (John 17:8)


 Jelas sekali perkataan tersebut mengakui bahawa Jesus adalah Utusan seperti utusan-utusan yang lain : Adam, Idris (Enoch), Nuh (Noah), Ibrahim (Abraham), Musa (Moses), Daud (David), Sulaiman (Solomon), Zulkefli (Ezekiel), Yahya (John The Baptist) dan Muhammad saw sendiri.

 Kerana itu makna "Christ" seperti asal mengikut bahasa Latin bermaksud "Utusan" atau "Yang Menyampaikan".



   
 Jadi tentu kita tertanya, sekiranya Jesus tidak pernah mengajarkan dirinya Tuhan atau salah satu oknum (peribadi) dalam triniti, maka ajaran SIAPAKAH yang dianuti oleh pengikut Kristian??


SIAPA???
Jadi, meh cari jawapanya sama-sama na
(",)??

Kajian Sains dan Ilmu Moden berkenaan Kelebihan Berpuasa



Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik dan racun-racun dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit. Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika, "Puasa adalah seperti tongkat sakti yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut".

 Banyak kejayaan beliau mengubati pesakit-pesakitnya dengan menganjurkan mereka agar berpuasa sebagai alternatif kepada ubat-ubatan moden dan puasa bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan melawan penyakit bahkan dapat juga menajamkan minda kita.



 Dalam ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada Otak Ini menjadikan otak dapat bekerja (berfikir) dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.

Dr. Alan Cott, seorang pakar perubatan Amerika Syarikat melaporkan terhadap penyelidik psikologi membuktikan bahawa puasa mempengaruhi darjah kecergasan seseorang. Ujian dilakukan terhadap sekumpulan orang yang rajin berpuasa dan sekumpulan orang yang tidak berpuasa. Keputusannya, ternyata menunjukkan bahawa orang yang rajin berpuasa memperolehi skor (markah) yang jauh lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang yang tidak berpuasa.

Puasa juga dengan izin Allah dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Suatu kongres antarabangsa bertemakan "Kesihatan dan Ramadhan" telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan labih kurang 50 kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegahkan serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihadapi manusia.



Kesimpulan kongres itulah yang menekankan 4 fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas iaitu, munurunkan gula darah, tekanan darah, lipid darah dan berat badan. Sedangkan dunia perubatan pula telah mengenal pasti pebagai punca penyakit yang dialami masyarakat dunia masa kini dan antara penyakit yang paling kerap berlaku di dunia masa kini menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia ialah disebabkan sindrom metabolik. Sindrom ini meliputi 4 masalah:

1. Glukos Darah Tinggi
2. Tekanan Darah Tinggi
3. Lipid Darah Tinggi
4. Lebih berat badan dan Obesiti

Dengan hanya meneliti penyakit utama dunia kini dan kesan puasa pada tubuh badan dapatlah kita simpulkan bahawa berpuasa adalah sangat besesuaian untuk mencegah penyakit sindrom metabolik yang melanda dunia masa kini. Al-Harits seorang Doktor Arab mengatakan: "Yang banyak membunuh manusia adalah kerana manusia suka memasukkan makanan pada perut sebelum makanan dalam perut dicerna"

Dr. Alexis Carel seorang doktor antarabangsa dan pernah memperolehi penghargaan nobel dalam bidang kedoktoran telah menyatakan bahawa dengan berpuasa dapat membersihkan pernafasan. Puasa dapat menambahkan kesegaran dan kesihatan pada tubuh, kerana perut yang sentiasa bekerja memproses makanan juga perlu berhenti bekerja buat sementara waktu. Dan ketika berpuasa itu lah perut kita berehat dan mendapat kesegaran semula untuk bekerja kemudiannya. Sama juga Ibaratnya seperti enjin kereta yang mungkin tidak tahan lama jika dipaksa untuk sentiasa berjalan tanpa henti


Di sini saya bawakan beberapa hadith Saranan Berpuasa dari Nabi Muhammad saw


1. Rasulullah saw bersabda yg bermaksud: "Berpuasalah supaya kamu sihat"

(Hadis Riwayat Abu Naiim)

2. Dari Abu Hurairah: Nabi saw bersabda yang bermaksud, : "Puasa adalah pelindung"

(Hadis riwayat Bukhari no :935)

3. Nabi Muhammad saw bersabda: "Orang yang paling banyak kenyang di dunia adalah yang paling lama lapar di akhirat"

(Hadis Riwayat Al-Bazzar)

4. Dari Abu Hurairah : Sesungguhnya Rasulullah saw bersabda: "Apabila telah tiba Ramadhan, pintu-pintu syurga nescaya dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup; dan syaitan-syaitan dibelenggu."

(Hadis riwayat Bukhari no:933)

moh kite puasa Yob!! banyak kelebihannya ;)

Tahukah Anda siapakah mula-mula yang menetapkan Kelendar Hijrah??

Orang yang mula-mula menetapkan hijrah sebagai permulaan tarikh dalam Islam ialah Saidina Umar al-Khattab ketika beliau memegang jawatan khalifah iaitu pada tahun 17 hijrah.

Ada beberapa cadangan yang di kemukaan kepada Saidina Umar al-khattab bagi menetapkan permulaan tarikh dalam Islam. Antara cadangan yang dikemukakan kepada beliau adalah dengan mencadangkan tarikh kelahiran Rasulullah SAW, ada pula mencadangkan kebangkitannya menjadi Rasul dan ada mencadangkan tahun kewafatan Baginda.






Walaubagaimanapun cadangan-cadangan itu tidak dipersetujui oleh Saidina Umar memandangkan hijrah adalah peristiwa terpenting antara peristiwa lain, seperti mana katanya: “Kita membuat tarikh dengan hijrah Rasulullah SAW kerana hijrahnya itu adalah perbezaan antara yang benar dengan yang batil.” Dan pendapat itu disokong oleh Saidina Ali.

Penetapan Hijrah sebagai pemulaan kiraan tarikh kelendar Islam bertitik tolak dari pendapat Saidina Ali ibn Abi Talib dengan mengemukakan cadangan supaya menjadikan Hijrah Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah sebagai permulaan tahun Islam. Mereka juga bersetuju dengan pandangan Uthman menjadikan Muharam sebagai bulan pertama dalam sejarah Islam.

FUNGSI KELENDAR MASIHI DAN KELENDAR HIJRAH

Sebenarnya, wujud jalinan antara perkiraan tahun masihi dan hijri (Hijrah) kepada umat Islam. Tahun Masihi dikira menurut peredaran matahari (tarikh as-Syamsi) sementara perkiraan tahun hijri pula berdasarkan peredaran bulan (tarikh al-Qamari).

Islam tidak menolak salah satu perkiraan tarikh berkenaan dalam kehidupan manusia. Perkiraan tarikh as-Syamsi adalah untuk menentukan musim atau aktiviti manusia. Daripada tarikh inilah manusia mengenal peredaran musim panas, sejuk, menyemai atau menuai.

Sementara tarikh al-Qamari pula menentukan masa ibadat. Peredaran yang tidak sama antara tarikh as-Syamsi dan al-Qamari menyebabkan umat Islam dapat merasai musim berbeza setiap kali menunaikan ibadat tertentu.

Contohnya musim haji dan puasa. Mungkin pada tahun ini, umat Islam berpuasa atau menunaikan haji dalam musim sejuk, tetapi beberapa tahun kemudian pula dalam musim panas.

Golongan Salaf dan Khalaf



Golongan salaf membincangkan mengenai Isu Aqidah dgn berhujahkan Quran dan Sunnah manakala Golongan Khalaf membincangkan Isu Aqidah, kebanyakanya berhujahkan dengan Hujah Akal..

Walaubagaimana pun, ia tidak menjadi masalah kerana masing2 masih lagi mengEsakan Allah dan menyatakan kenabian Nabi Muhammad saw. Cuma ada sedikit perbezaan diantara dua golongan ini iaitu pada pemasalahan ayat2 mutasyabihat. Sebenarnya, perbezaan ini adalah dari segi furu` aqidah dan bukannya usul aqidah. Ini pun sebenarnya tiada menjadi masalah sekiranya golongan yang mengikut pendirian salaf asal yang meletakkan makna yang sebenar kepada Allah, ini selari dengan kata-kata Imam Malik mengenai istiawa' Allah di atas arasy:

الاستواء معلوم والكيف مجهول والإيمان به واجب والسؤال عنه بدعة

Maksud :



‘Al-Istiwaa’ adalah diketahui (yaitu diketahui maknanya dalam bahasa arab), kaifiyahnya (bagaimananya sifat Allah) itu tidak diketahui (majhuul), beriman kepada sifat Allah tersebut adalah wajib dan bertanya tentang sifat-sifat Allah adalah bid’ah.

yang menjadi masalah sekiranya kita mensifatkan ayat2 mutasyabihat ini sama seperti mana sifat2 makhluk. Telah jelas di dalam Al-Quran yang mana Allah swt berfirman:

ليس كمثله شيء وهو السميع البصير

Maksud :


Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha Mendengar dan Melihat.

Ayat ini merupakan bantahan yang telak bagi golongan yang menyamakan sifat Allah dengan sifat makhluk (Musyabbihah).



Oleh sebab yang demikian Imam Ahmad bin Hanbal berkata :

ءامنت بما جاء عن الله على مراد الله وبما جاء عن رسول الله على مراد رسول الله

Maksud :

Aku beriman terhadap apa yang datang dari Allah atas makna yang Allah kehendaki, dan beriman kpd apa yang dating dari Rasulullah atas makna yang Rasul kehendaki.


Oleh itu, bagi saya untuk menguatkan kesatuan Umat Islam, marilah kita berpegang teguh kepada kunci kesatuan Umat ini :

لا إله إلا الله محمد رسول الله


Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Larangan Keras terhadap perbuatan Zina

Menurut pakar tafsir kontemporari Abdullah Yusuf Ali, penyebab larangan keras Al-Quran atas perbuatan zina kerana beberapa faktor.

1. Zina tidak hanya perilaku yang sangat memalukan, tapi ia juga tidak konsisten dengan selfrespect atau hormat pada manusia lain.

2. Zina membuka jalan pada banyak perbuatan jahat yang lain.


3. Zina menghancurkan asas-asas keluarga.


4. Ia boleh menyebabkan pembunuhan, permusuhan dan hilangnya reputasi dan harta benda pelakunya.

5. Ia juga secara kekal melepaskan ikatan hubungan keluarga dan masyarakat.

6. Apabila mengandung (hamil), maka hal itu bertentangan dengan maslahat anak yang lahir atau yang akan lahir dari hubungan zina itu.





Bahaya Asap Rokok



Rokok bukan sahaja membahayakan orang yang menghisapnya, tetapi juga boleh membahaykan orang lain yang terhidu asap rokok tersebut. Asap rokok didapati mengandungi sebatian radikal yang boleh menyebabkan kerosakan ke atas sel-sel dalam badan. Ini menyebabkan orang yang terdedah dengan asap rokok mempunyai risiko menghidap PENYAKIT JANTUNG 23 peratus lebih tinggi berbanding dengan orang yang tidak terdedah kepada asap rokok. Ini berdasarkan kajian Persatuan Jantung Amerika Syarikat.


Menurut laporan Klinik Mayo, Amerika Syarikat pula, asap rokok yang terdapat di udara mengandungi dua kali ganda lebih tar dan nakotin, tiga kali ganda bahan penyebab KANSER, lima kali ganda KARBON MONOKSIDA dan 50 kali ganda lebih ammonia berbanding asap rokok yang dihisap secara langsung daripada rokok. Antara penyakit yang disebabkan oleh terdedah kepada asap rokok ialah:

1. Barah Paru-Paru

Akademi Sains Kebangsaan, Surgeon General Amerika dan Agensi Pemeliharaan Alam Sekitar, Amerika Syarikat mengesahkan asap rokok menyebabkan penyakit kanser paru-paru bagi orang yang tidak merokok. Terdapat kira-kira 3,800 kes setahun di Amerika Syarikat.


2. Sakit Jantung

Kajian yang dilakukan di Jepun mendapati aliran darah ke jantung berkurangan di kalangan orang yang terdedah kepada asap rokok selama 30 minit. Ini menambahkan risiko akan serangan penyakit jantung. Kajian ini dilaporkan dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika.


3. Asma dan Penyakit paru-paru

Orang yang terdedah kepada asap rokok mempunyai 2.16 kali ganda berisiko menghidap penyakit asma. Bagi orang yang mempunyai pasangan menghisap rokok, risiko ialah 4.77 kali ganda.



4. Strok


Menurut kajian oleh ahli sains Universiti Auckland, New Zealand, orang yang terdedah kepada asap rokok mempunyai kemungkinan 82 peratus menghidap penyakit strok.
 
Copyright © 2010 Pena Emas. All rights reserved.