Thursday 13 July 2017

Risalah Rabbaniyyah 3
(Pujian Al Habib Kazim As Saggaf Kepada Syeikh Khaleel)



Berdiskusi dengan orang-orang yang lemah lembut, tawadhuk, lapang fikirannya, luas pandangannya dan tidak jumud akan menghasilkan kelembutan dan kerendahan kepada hati dan cinta kepada Ulamak. Berbahas dengan orang-orang yang kasar, sombong, sempit fikirannya dan lemah akalnya akan menghasilkan  huru hara, dendam, kebencian dan permusuhan dalam hati.

Rindu dengan sentuhan tarbiah Guru yang Mulia Syeikh Murabbi Dr Khaleel Ismail Elyas. Al Habib Kazim As Saggaf pernah memuji beliau, katanya : "Aku takjub dengan kamu wahai Syeikh, aku mendatangi para pemuda tetapi kamu pula didatangi oleh para pemuda.."

-Muhammad Saeed-
(Ahbab Syeikh Khaleel)

Link FB : https://web.facebook.com/saeed.yamani.7
Risalah Rabbaniyyah 2



Fadhilatussyeikh Dr Khaleel Ismail Elyas di persidangan antarabangsa bersama dengan Ulamak-Ulamak besar dunia.

Walaupun berada di tempat yang tinggi, iaitu sebagai Ulamak besar dunia, tetapi Fadhilatussyeikh sanggup turun ke kampung-kampung di Malaysia untuk menyebarkan dakwah dan mentarbiah Umat Islam di Malaysia, demi untuk mengembalikan sinar dan kegemilangan Islam di negara ini tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Rebutlah peluang keemasan yang Allah kurniakan ini kepada kita Umat Melayu. Allah telah menghantar seorang Ulamak Rabbani buat kita.

Risalah Rabbaniyyah 1
(Adab bergambar ketika makan)


Syeikh Murabbi Dr Khaleel Ismail Elyas menegur salag seorang dari ahbabnya adab bergambar ketika makan.

Syeikh berkata, mengambil gambar ketika orang tengah makan tidak boleh kerena mereka dalam keadaan tidak bersedia, sehinggakan perkara ini menjadi kebiasaan dikalangan orang ramai dan membuatkan Syeikh tidak terkejut dengan perkara ini.

Tambahan Syeikh lagi, mengambil gambar selepas selesai makan dalam keadaan pinggan kosong adalah perkara yang mengaibkan.

Syeikh berkata lagi, mengambil gambar sebelum makan adalah perkara yang baik, atau pun mengambil gambar makanan sebelum makan juga perkara yang baik.

Tetapi sekiranya ingin mengambil gambar juga ketika sedang makan mestilah terlebih dahulu meminta keizinan agar semua orang berada dalam keadaan bersedia.

Syeikh menambah lagi, inilah adab yang diajarkan kepada kami oleh para masyaikh kami

Ada sesetengah ahbab yang mengambil gambar kami dalam keadaan mulut kami terbuka dan sedang makan, sesungguhnya kami sangat malu melihat gambar tersebut kata Syeikh.

Tambah Syeikh lagi, ketika mana aku menghadiri majlis kenduri kahwin, ramai yang mengambil gambar, selepas daripada itu aku jadi malu dan takut untuk makan. Beberapa kali aku bangun dalam keadaan akan lapar disebabkan perkara ini dan tiada sesiapa pun yang mengetahuinya.

9.45pagi
Selasa/11 Julai 2107



Thursday 25 June 2015

Kembali menulis


Assalamualaikum kepada para pembaca dan pengikut blog saya, sekian kalinya saya kembali menulis selepas terhenti lama dari menulis di laman blog ini. Terhentinya dari menulis adalah disebabkan beberapa perkara antaranya kesihatan yang tidak berapa baik ketika menuntut di Mesir, masalah keluarga, dan usaha untuk menempuh alam perkahwinan.

Kembalinya saya menulis kali ini dengan azam untuk memperkemaskan lagi penulisan saya, dengan itu penulisan saya kali ini akan tertumpu lebih kepada skop ilmiah dalam bidang usuludin. Di samping itu, saya juga akan menggunakan kaedah santai dalam penulisan saya ini seperti mana artikel-artikel saya sebelum ini. Yang paling penting adalah untuk pembaca dapat memahami apa yang ingin saya sampaikan melalui penulisan saya.

Skop Ilmiah yang saya Maksudkan :

1. Ilmu Al-Quran dan Penafsiran Al-Quran
2. Ilmu Hadis dan Syarahan Hadis
3. Ilmu Fiqh, kaedah dan Usulnya
4. Ilmu Aqidah
5. Ilmu Tasauf
6. Ilmu Falsafah
7. Ilmu Sirah dan Ibrah para solihin
8. Ilmu Bahasa
9. Tokoh Ulama'
10. Keluarga Bahagia

Untuk skop ilmiah yang saya maksudkan ini, akan diklasifikasikan mengikut topik, manakala untuk penulisan biasa yang berbentuk santai akan saya dahulukan mengikut tajuk seperti mana artikel-artikel saya sebelum ini.

Saya harap dengan usaha saya menulis kembali ini dapat meningkatkan daya kreativiti dan mengembalikan kecerdasan akal saya bagi mengolah setiap topik dan perbahasan yang diinginkan. Dan saya juga sangat mengharapakan usaha penulisan saya ini mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah swt dan memberi manfaat kepada sesiapa yang membacanya.

Allah berfirman :

ما أصابك من حسنة فمن الله وما أصابك من سيئة فمن نفسك...

Maksud : Kebajikan apa pun yang kamu peroleh adalah dari sisi Allah dan keburukan apa pun yang menimpamu itu dari (kesalahan) dirimu sendiri..

Surah An-Nisa : Ayat 79


Sekian.

21 Jun 2015/4 Ramadhan
6.08 Am
Taman Kelisa Ria
Sungai Petani





Saturday 16 February 2013

Nabi Isa Tuhan??


Tidak ada para rasul meminta agar umat manusia menyembah diri mereka sendiri (rasul) apatah lagi meletakkan ke darjat Tuhan!!


Inilah kekeliruan paling asas dalam Kristian apabila meletakkan Jesus sebagai Tuhan.






Adakah memang Jesus mengajar pengikutnya agar menyembahnya sebagai Tuhan? Lihat sendiri di dalam Bible:

" For I have given unto them the words which thou gavest me; and they have received them, and have known surely that I came out from thee, and they have believed that thou didst send me." (John 17:8) 

Maksud :


 " Sebab segala firman yang engkau sampaikan kepadaku telah kusampaikan kepada mereka dan mereka telah menerimanya. Mereka tahu benar-benar, bahawa aku datang daripadaMU, dan mereka percaya, bahawa Engkaulah yang telah mengutus aku." (John 17:8)


 Jelas sekali perkataan tersebut mengakui bahawa Jesus adalah Utusan seperti utusan-utusan yang lain : Adam, Idris (Enoch), Nuh (Noah), Ibrahim (Abraham), Musa (Moses), Daud (David), Sulaiman (Solomon), Zulkefli (Ezekiel), Yahya (John The Baptist) dan Muhammad saw sendiri.

 Kerana itu makna "Christ" seperti asal mengikut bahasa Latin bermaksud "Utusan" atau "Yang Menyampaikan".



   
 Jadi tentu kita tertanya, sekiranya Jesus tidak pernah mengajarkan dirinya Tuhan atau salah satu oknum (peribadi) dalam triniti, maka ajaran SIAPAKAH yang dianuti oleh pengikut Kristian??


SIAPA???
Jadi, meh cari jawapanya sama-sama na
(",)??

Kajian Sains dan Ilmu Moden berkenaan Kelebihan Berpuasa



Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik dan racun-racun dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit. Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika, "Puasa adalah seperti tongkat sakti yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut".

 Banyak kejayaan beliau mengubati pesakit-pesakitnya dengan menganjurkan mereka agar berpuasa sebagai alternatif kepada ubat-ubatan moden dan puasa bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan melawan penyakit bahkan dapat juga menajamkan minda kita.



 Dalam ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada Otak Ini menjadikan otak dapat bekerja (berfikir) dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.

Dr. Alan Cott, seorang pakar perubatan Amerika Syarikat melaporkan terhadap penyelidik psikologi membuktikan bahawa puasa mempengaruhi darjah kecergasan seseorang. Ujian dilakukan terhadap sekumpulan orang yang rajin berpuasa dan sekumpulan orang yang tidak berpuasa. Keputusannya, ternyata menunjukkan bahawa orang yang rajin berpuasa memperolehi skor (markah) yang jauh lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang yang tidak berpuasa.

Puasa juga dengan izin Allah dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Suatu kongres antarabangsa bertemakan "Kesihatan dan Ramadhan" telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan labih kurang 50 kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegahkan serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihadapi manusia.



Kesimpulan kongres itulah yang menekankan 4 fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas iaitu, munurunkan gula darah, tekanan darah, lipid darah dan berat badan. Sedangkan dunia perubatan pula telah mengenal pasti pebagai punca penyakit yang dialami masyarakat dunia masa kini dan antara penyakit yang paling kerap berlaku di dunia masa kini menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia ialah disebabkan sindrom metabolik. Sindrom ini meliputi 4 masalah:

1. Glukos Darah Tinggi
2. Tekanan Darah Tinggi
3. Lipid Darah Tinggi
4. Lebih berat badan dan Obesiti

Dengan hanya meneliti penyakit utama dunia kini dan kesan puasa pada tubuh badan dapatlah kita simpulkan bahawa berpuasa adalah sangat besesuaian untuk mencegah penyakit sindrom metabolik yang melanda dunia masa kini. Al-Harits seorang Doktor Arab mengatakan: "Yang banyak membunuh manusia adalah kerana manusia suka memasukkan makanan pada perut sebelum makanan dalam perut dicerna"

Dr. Alexis Carel seorang doktor antarabangsa dan pernah memperolehi penghargaan nobel dalam bidang kedoktoran telah menyatakan bahawa dengan berpuasa dapat membersihkan pernafasan. Puasa dapat menambahkan kesegaran dan kesihatan pada tubuh, kerana perut yang sentiasa bekerja memproses makanan juga perlu berhenti bekerja buat sementara waktu. Dan ketika berpuasa itu lah perut kita berehat dan mendapat kesegaran semula untuk bekerja kemudiannya. Sama juga Ibaratnya seperti enjin kereta yang mungkin tidak tahan lama jika dipaksa untuk sentiasa berjalan tanpa henti


Di sini saya bawakan beberapa hadith Saranan Berpuasa dari Nabi Muhammad saw


1. Rasulullah saw bersabda yg bermaksud: "Berpuasalah supaya kamu sihat"

(Hadis Riwayat Abu Naiim)

2. Dari Abu Hurairah: Nabi saw bersabda yang bermaksud, : "Puasa adalah pelindung"

(Hadis riwayat Bukhari no :935)

3. Nabi Muhammad saw bersabda: "Orang yang paling banyak kenyang di dunia adalah yang paling lama lapar di akhirat"

(Hadis Riwayat Al-Bazzar)

4. Dari Abu Hurairah : Sesungguhnya Rasulullah saw bersabda: "Apabila telah tiba Ramadhan, pintu-pintu syurga nescaya dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup; dan syaitan-syaitan dibelenggu."

(Hadis riwayat Bukhari no:933)

moh kite puasa Yob!! banyak kelebihannya ;)

Tahukah Anda siapakah mula-mula yang menetapkan Kelendar Hijrah??

Orang yang mula-mula menetapkan hijrah sebagai permulaan tarikh dalam Islam ialah Saidina Umar al-Khattab ketika beliau memegang jawatan khalifah iaitu pada tahun 17 hijrah.

Ada beberapa cadangan yang di kemukaan kepada Saidina Umar al-khattab bagi menetapkan permulaan tarikh dalam Islam. Antara cadangan yang dikemukakan kepada beliau adalah dengan mencadangkan tarikh kelahiran Rasulullah SAW, ada pula mencadangkan kebangkitannya menjadi Rasul dan ada mencadangkan tahun kewafatan Baginda.






Walaubagaimanapun cadangan-cadangan itu tidak dipersetujui oleh Saidina Umar memandangkan hijrah adalah peristiwa terpenting antara peristiwa lain, seperti mana katanya: “Kita membuat tarikh dengan hijrah Rasulullah SAW kerana hijrahnya itu adalah perbezaan antara yang benar dengan yang batil.” Dan pendapat itu disokong oleh Saidina Ali.

Penetapan Hijrah sebagai pemulaan kiraan tarikh kelendar Islam bertitik tolak dari pendapat Saidina Ali ibn Abi Talib dengan mengemukakan cadangan supaya menjadikan Hijrah Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah sebagai permulaan tahun Islam. Mereka juga bersetuju dengan pandangan Uthman menjadikan Muharam sebagai bulan pertama dalam sejarah Islam.

FUNGSI KELENDAR MASIHI DAN KELENDAR HIJRAH

Sebenarnya, wujud jalinan antara perkiraan tahun masihi dan hijri (Hijrah) kepada umat Islam. Tahun Masihi dikira menurut peredaran matahari (tarikh as-Syamsi) sementara perkiraan tahun hijri pula berdasarkan peredaran bulan (tarikh al-Qamari).

Islam tidak menolak salah satu perkiraan tarikh berkenaan dalam kehidupan manusia. Perkiraan tarikh as-Syamsi adalah untuk menentukan musim atau aktiviti manusia. Daripada tarikh inilah manusia mengenal peredaran musim panas, sejuk, menyemai atau menuai.

Sementara tarikh al-Qamari pula menentukan masa ibadat. Peredaran yang tidak sama antara tarikh as-Syamsi dan al-Qamari menyebabkan umat Islam dapat merasai musim berbeza setiap kali menunaikan ibadat tertentu.

Contohnya musim haji dan puasa. Mungkin pada tahun ini, umat Islam berpuasa atau menunaikan haji dalam musim sejuk, tetapi beberapa tahun kemudian pula dalam musim panas.

 
Copyright © 2010 Pena Emas. All rights reserved.