Thursday 13 July 2017

Risalah Rabbaniyyah 3
(Pujian Al Habib Kazim As Saggaf Kepada Syeikh Khaleel)



Berdiskusi dengan orang-orang yang lemah lembut, tawadhuk, lapang fikirannya, luas pandangannya dan tidak jumud akan menghasilkan kelembutan dan kerendahan kepada hati dan cinta kepada Ulamak. Berbahas dengan orang-orang yang kasar, sombong, sempit fikirannya dan lemah akalnya akan menghasilkan  huru hara, dendam, kebencian dan permusuhan dalam hati.

Rindu dengan sentuhan tarbiah Guru yang Mulia Syeikh Murabbi Dr Khaleel Ismail Elyas. Al Habib Kazim As Saggaf pernah memuji beliau, katanya : "Aku takjub dengan kamu wahai Syeikh, aku mendatangi para pemuda tetapi kamu pula didatangi oleh para pemuda.."

-Muhammad Saeed-
(Ahbab Syeikh Khaleel)

Link FB : https://web.facebook.com/saeed.yamani.7
Risalah Rabbaniyyah 2



Fadhilatussyeikh Dr Khaleel Ismail Elyas di persidangan antarabangsa bersama dengan Ulamak-Ulamak besar dunia.

Walaupun berada di tempat yang tinggi, iaitu sebagai Ulamak besar dunia, tetapi Fadhilatussyeikh sanggup turun ke kampung-kampung di Malaysia untuk menyebarkan dakwah dan mentarbiah Umat Islam di Malaysia, demi untuk mengembalikan sinar dan kegemilangan Islam di negara ini tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Rebutlah peluang keemasan yang Allah kurniakan ini kepada kita Umat Melayu. Allah telah menghantar seorang Ulamak Rabbani buat kita.

Risalah Rabbaniyyah 1
(Adab bergambar ketika makan)


Syeikh Murabbi Dr Khaleel Ismail Elyas menegur salag seorang dari ahbabnya adab bergambar ketika makan.

Syeikh berkata, mengambil gambar ketika orang tengah makan tidak boleh kerena mereka dalam keadaan tidak bersedia, sehinggakan perkara ini menjadi kebiasaan dikalangan orang ramai dan membuatkan Syeikh tidak terkejut dengan perkara ini.

Tambahan Syeikh lagi, mengambil gambar selepas selesai makan dalam keadaan pinggan kosong adalah perkara yang mengaibkan.

Syeikh berkata lagi, mengambil gambar sebelum makan adalah perkara yang baik, atau pun mengambil gambar makanan sebelum makan juga perkara yang baik.

Tetapi sekiranya ingin mengambil gambar juga ketika sedang makan mestilah terlebih dahulu meminta keizinan agar semua orang berada dalam keadaan bersedia.

Syeikh menambah lagi, inilah adab yang diajarkan kepada kami oleh para masyaikh kami

Ada sesetengah ahbab yang mengambil gambar kami dalam keadaan mulut kami terbuka dan sedang makan, sesungguhnya kami sangat malu melihat gambar tersebut kata Syeikh.

Tambah Syeikh lagi, ketika mana aku menghadiri majlis kenduri kahwin, ramai yang mengambil gambar, selepas daripada itu aku jadi malu dan takut untuk makan. Beberapa kali aku bangun dalam keadaan akan lapar disebabkan perkara ini dan tiada sesiapa pun yang mengetahuinya.

9.45pagi
Selasa/11 Julai 2107



 
Copyright © 2010 Pena Emas. All rights reserved.