Friday 15 June 2012

Bahaya Jumud!!


Bahaya JUMUD!!


Hakikatnya jumud didalam agama itu membawa kepada pemberontakan jiwa,  tetapi tidak pula terlampau cuai didalam agama. Oleh sebab itu Islam bukan sekadar tegas dalam sikap cuai didalam agama tetapi begitu juga ketegasan Islam didalam sikap Jumud terhadap Agama, kerana sikap melampau ataupun keras yang bukan pada tempatnya membawa kesan yang negative terhadap Islam itu sendiri.



Di dalam Al-Quran, Allah swt menegaskan kepada Nabi Muhammad saw supaya mengingatkan Yahudi dan Kristian jangan melampau dalam Agama.

Allah berfirman:

Maksudnya: Katakan, “Wahai ahli kitab! Jangan Kamu melampau pada agama kamu secara tidak benar, dan jangan kamu menurut hawa nafsu kamu yang sesat sebelum ini dan menyesatkan ramai manusia, dan juga (sekarang) mereka tersesat (jauh) daripada jalan yang benar”

Surah Al-Maidah, Ayat: 77
Nabi Muhammad saw mengingatkan kita dengan berkata:

“Jauhilah kamu ghulu (melampau) dalam agama, kerana sesungguhnya ghulu dalam agama membinasakan mereka yang sebelum kamu.”

(Direkodkan oleh An-Nasaie, Ibnu Majah, Al-Baihaqi dan Ahmad.)

Syeikh Ibnu Taimiyah Berkata:
“Sesungguhnya agama Allah adalah pertengahan antara yang melampau mengenainya dan yang meninggalkannya. Allah tidak memerintahkan hamba-hambanya sesuatu perintah melainkan syaitan akan mengganggunya dengan dua cara. Syaitan tidak kisah yang mana satu dia berjaya, sama ada secara ifrat (melampaui batasan dalam beragama) dan tafrit (cuai kepada agama)
Terdapat segelintir masyarakat kita hari ini, menggunakan Kuasa Agama bagi menghalang orang lain memberi pendapat, sehingga akhirnya muncul aliran Liberal yang melampau. Agama Islam  bukan agama semborono, tetapi agama yang ditegakkan dengan hujah dan fakta.
Kejumudan hanya mengundang kepada pemberontakan diri bagi membebaskan diri daripada Agama. Sikap ini juga sangat merbahaya kerana ia akan membawa kepada sikap permusuhan yang melampaui batas.
Oleh itu, bukalah fikiran, lihatlah Islam dengan mata yang luas, jauhilah sikap jumud kerana kita khuatir sekiranya sikap jumud ini yang menjadi asas kepada pemikiran masyarakat kita menjadikan ada pihak yang berfikir seperti Barat, Agama patut diasingkan daripada campur tangan dalam urusan kehidupan 


 
Copyright © 2010 Pena Emas. All rights reserved.