Bahaya
JUMUD!!
Hakikatnya
jumud didalam agama itu membawa kepada pemberontakan jiwa, tetapi tidak pula terlampau cuai didalam
agama. Oleh sebab itu Islam bukan sekadar tegas dalam sikap cuai didalam agama
tetapi begitu juga ketegasan Islam didalam sikap Jumud terhadap Agama, kerana
sikap melampau ataupun keras yang bukan pada tempatnya membawa kesan yang
negative terhadap Islam itu sendiri.
Di dalam Al-Quran, Allah swt menegaskan kepada Nabi Muhammad saw supaya mengingatkan Yahudi dan Kristian jangan melampau dalam Agama.
Di dalam Al-Quran, Allah swt menegaskan kepada Nabi Muhammad saw supaya mengingatkan Yahudi dan Kristian jangan melampau dalam Agama.
Allah berfirman:
Maksudnya: Katakan, “Wahai ahli kitab! Jangan Kamu melampau pada agama kamu secara tidak benar, dan jangan kamu menurut hawa nafsu kamu yang sesat sebelum ini dan menyesatkan ramai manusia, dan juga (sekarang) mereka tersesat (jauh) daripada jalan yang benar”
Surah Al-Maidah, Ayat: 77
Nabi
Muhammad saw mengingatkan kita dengan berkata:
“Jauhilah kamu ghulu (melampau) dalam agama, kerana sesungguhnya ghulu dalam agama membinasakan mereka yang sebelum kamu.”
“Jauhilah kamu ghulu (melampau) dalam agama, kerana sesungguhnya ghulu dalam agama membinasakan mereka yang sebelum kamu.”
(Direkodkan
oleh An-Nasaie, Ibnu Majah, Al-Baihaqi dan Ahmad.)
Syeikh Ibnu Taimiyah Berkata:“Sesungguhnya agama Allah adalah pertengahan antara yang melampau mengenainya dan yang meninggalkannya. Allah tidak memerintahkan hamba-hambanya sesuatu perintah melainkan syaitan akan mengganggunya dengan dua cara. Syaitan tidak kisah yang mana satu dia berjaya, sama ada secara ifrat (melampaui batasan dalam beragama) dan tafrit (cuai kepada agama)
Terdapat
segelintir masyarakat kita hari ini, menggunakan Kuasa Agama bagi menghalang
orang lain memberi pendapat, sehingga akhirnya muncul aliran Liberal yang
melampau. Agama Islam bukan agama
semborono, tetapi agama yang ditegakkan dengan hujah dan fakta.
Kejumudan
hanya mengundang kepada pemberontakan diri bagi membebaskan diri daripada
Agama. Sikap ini juga sangat merbahaya kerana ia akan membawa kepada sikap
permusuhan yang melampaui batas.
Oleh itu,
bukalah fikiran, lihatlah Islam dengan mata yang luas, jauhilah sikap jumud
kerana kita khuatir sekiranya sikap jumud ini yang menjadi asas kepada
pemikiran masyarakat kita menjadikan ada pihak yang berfikir seperti Barat,
Agama patut diasingkan daripada campur tangan dalam urusan kehidupan
0 ulasan:
Post a Comment