Saturday 8 October 2011

Lagu Hijab Oleh mawi

Bismillahirahmannirrahim

Lagu Hijab - Mawi

Izinkan aku memohon keampunanMu
Bersimpuh di alam latifMu
Oh tuhan perkenankan nasuhaku
Ku bersyukur Engkau masih memberiku
Pinjaman nyawaMu lalu dapat aku kembali padaMu
Sekilas pandangan engkau tunjukkan
Membahang dengan ganas api nyalaan
Air yang bertitisan hanya mata ini menyaksikan
Chorus
Nama tinggi terpuji
Segalanya pasti
Ya rahmanu ya rahim
Ya fattahu ya alim
Tuhan aku kembali dengan kefakiran kehambaan

Ulang Chorus
Awal tiada bermula
Akhir tak bersudah
Zahir tidak terasa
Batin tidak bertepi
Ku hadapkan wajah yang bernoda ini
Dengan tunduk kepadaMu
Untuk cari rahmat sepanjang zaman
Engkau padamkan segala kehendak kalbu
Supaya tiada lagi kehendak kecuali diriMu

Ulang Chorus
Awal tiada bermula
Akhir tak bersudah
Zahir tidak terasa
Batin tidak bertepi



Lagu ini mempunyai unsur ketuhanan yang berdasarkan ilmu tauhid dan tasauf

Unsur ilmu Tauhid:
“Awal tiada bermula akhir tiada bersudah..”

Dalam kitab jauhara tauhid
فواجب له الوجود و القدم     كذا بقاء لا يشاب بالعدم
         وإنه لما ينال العدم     مخالف برهان هذا القدم

Maksudnya:
23. Maka ketahuilah bahawa sifat yang wajib (tidak boleh tiada) bagi Allah (pertama)wujud, (kedua)qidam   #   begitu juga (ketiga)baqa' yang tidak menerima sifat a'dam
24. Dan (keempat )wajib Allah tidak sama dengan setiap perkara yang menerima a'dam (binasa)   #    itulah sifat mukhalafah. Dalil sifat ini adalah sama dengan dalil sifat qidam.

Ini 2 rangkap matan dari kitab Jauhara Tauhid, bagi matan yang ke 23 dan 24 ini terkandung 4 sifat Allah dari 20 sifat. 

Antaranya:

1. Sifat Wujud Allah swt

2. Sifat Qidam Allah swt

3. Sifat Baqa’ Allah swt (Kekal)

4. Sifat Mukhalafah dengan baharu

Pengertian sifat Wujud Allah swt:

Wajib bagi Allah swt wujud dan sesungguhnya tidak harus bagi Allah itu bersifat tidak ada. Dan Allah tidak bersifat tiada sejak azali dan selama-lamanya

Dalam perbahasan wujud Allah ini ada masalah yang ditimbulkan oleh falsafah barat menegenai 2 teori iaitu:

1.       (التسلسل)

2.       (الدور)

2 teori ini bagi ingin menafikan tentang kewujudan ALLAH swt. Selepas mana berlaku revolusi renason di perancis, teori Darwin di perkenalkan dan diguna pakai, yang mana kebanyakan teori tersebut cuba untuk menafikan ketuhanan dan kewujudannya. Dalam masa yang sama, kisah-kisah kewujudan manusia didalam kitab Injil bnyak dimansuhkan supaya selari dengan pendirian dan teori Darwin ini. Antara Teori  yang biasa kita dengar antaranya teori revolusi yang mengatakan manusia datangnya dari beruk dan sebangainya.



Teori  (التسلسل):

Teori ini menyatakan kewujudan manusia melalui silsilah yang tiada penghujung

Contoh: 
soalan - macam mana manusia boleh wujud??

Jawab  - saya wujud dari bapa saya, bapa saya dari datuk saya,datuk saya dari monyang saya, monyang saya dari bapa kepada moyang saya, bapa moyang saya dari datuk monyang saya sehinggalah kepada Nabi Adam..

Soalan - Kemudian selepas Nabi Adam as?

Jawab - Nabi adam wujud di sebabkan daripada himpunan sel-sel yang menjadi satu zarah. Dan dari himpunan zarah -zarah itu wujudnya manusia. Dan dari situ wujudnya kehidupan manusia di muka bumi.

Teori ini cuba ingin menafikan kewujudan manusia ini dari Allah swt.



Teori  (الدور): 

Kewujudan sesuatu perkara itu terhenti atau tertumpu kepada kitaran jenisnya

Bagi ingin menjelaskan lagi teori ini, saya ingin mengimbau pembelajaran sains tahun 5. Kita diajarkan di sekolah bahawasanya wujudnya ayam dari telur kemudian menetas menjadi anak ayam, kemudian menjadi ibu ayam yang bertelur, dan dari telur kembali kepada kitaran asal. Disini kita nampak bahawasanya kewujudan ayam semula jadi.

Mudah sahaja untuk membantah teori sesat ini, Cuma kita ajukan satu soalan.

Antara Telur dan Ayam mana yang wujud terlebih dahulu??

Kenapa perlu pening-pening untuk memikirkan teori-teori yang karut ini?? Kan lebih mudah kita katakan kewujudan manusia dan ayam tadi dari Allah swt hatta dunia ini juga dijadikan oleh Allah swt. Kenapa teori-teori ini wujud?? Tidak lain tidak bukan semata-mata untuk mengingkari kebenaran Islam dan kewujudan Allah. Inilah usaha golongan Atheis yang kadang-kadang kita terlepas pandang.



Pengertian Sifat Qidam dan Baqa’ Allah swt:

Kewujudan Allah swt tiada Permulaan dan tiada Pengakhiran

Dari pengertian ini apa yang perlu kita faham bahawasanya wujudnya Allah tiada permulaan. Berbeza dengan kewujudan manusia di muka bumi ini.

Bermulanya kewujudan manusia daripada penciptaan Nabi Adam as dan Hawa, selepas Adam dan Hawa diturunkan kemuka bumi maka bermulalah kehidupan manusia didunia.
Kehidupan manusia terus berkembang selepas Adam dan Hawa dikurniakan 40 orang anak, maka generasi manusia selepas itu terus berkembang  sehinggalah kini.
Pengakhiran manusia didunia ini adalah kematian.

Allah berfirman:
كل نفس ذآئقة الموت ثم إلينا ترجعون
Surah Al-Ankabut : 57

Maksudnya: Setiap yang bernyawa akan merasai mati kemudian hanya kepada kami kamu dikembalikan

Unsur ilmu Tasauf:

Takrif Tasauf: Meninggalkan segala sikap atau perangai keji, mendatang segala sikap atau perangai yang terpuji

Imam Ghazali telah menetapkan bahawasanya untuk memperolehi Akhlak yang Mulia mesti ada 10 perkara berikut: 

1.     Taubat

2.       Khauf (takut)

3.       Zuhud

4.       Sabar

5.       Syukur

6.       Ikhlas

7.       Tawakal

8.       Mahabbah (kasih sayang)

9.       Redha

10.   Meninggati Mati

“Ku hadapkan wajah yang bernoda ini dgn tunduk kepadamu utk cari rahmat sepanjang zaman” 


Dalam rangkap lagu ini terdapat cirri-ciri  maqom taubat dalam ilmu tasauf 



Taubat: Kembali kepada Allah swt dari Hubungan yang Jauh dengan Allah swt hampir kepada dan dekat  kepada Allah swt.

Maka sesungguhnya orang yang melakukan maksiat jauh dari Allah swt dan menyebabkan Allah murka kepadanya dan mendapat balasan yang buruk didunia dan di akhirat

Oleh sebab itu, wajib baginya untuk bersegera bertaubat dari segala dosa-dosanya.

Firman Allah swt:
وتوبوا إلى الله جميعا أيه المؤمنون لعلكم تفلحون
Surah An-Nur : 31


Maksudnya: Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah swt wahai orang-orang yang beriman, agar kamu beruntung

Tidak sempurna taubat seseorang itu melainkan dengan syarat-syarat yang berikut:

1.       Meninggalkan maksiat dengan segera
2.       Menyesali atas kemaksiatan yang telah dilakukan
3.       Berazam untuk tidak mengulangi kembali kemaksiatannya pada masa akan datang

Bagi orang yang tidak mampu meninggalakn kemaksiatannya hendaklah dia memperbanyakkan amalan soleh dan amalan yang mendorong untuk kembali kepada Allah dan banyakkan berdoa kepada Allah swt dengan harapan supaya Allah akan menerima taubatnya dan memberi taufiq dan hidayah kepadanya.

“Ketika mana perkara mungkar semakin berleluasa maka perbanyakkanlah perkara makruf”

Hadith:
التائب من الذنب كمن لا ذنب له
Hadith riyawat Ibn Majah dan Baihaqi

 

Maksudnya: Barang sesiapa yang bertaubat seumpama orang yang tiada dosa

“Engkau padamkan segala kehendak qablu supaya tiada lagi kehendak kecuali dirimu”

Dalam rangkap ini pula terdapat ciri-cir  maqom zuhud dalam ilmu tasauf.

Zuhud: Meninggalakan keinginan terhadap dunia dan kecenderungan terhadapnya dan serta tuntutan Syahwat dn hawa nafsu. Kerana dunia itu menjadikan manusia lupa terhadap Allah swt dan hari Akhirat

Peringkat-peringkat zuhud:

1.       Zuhud kepada perkara haram ( Wajib – kerana membawa kepada taqwa)
2.       Zuhud kepada perkara syubhah ( membawa kepada wara’)
3.       Zuhud kepada apa yang lebih dari keperluan hidup (dituntut)


Hadith:
قال النبي صلى الله عليه وسلم: الزهد فى الدنيا يريح القلب البدن والرغبة فيها تكثر الهم و الحزن


Maksudnya: zuhud kepada dunia merehatkan hati dan badan dan ada pun keinginan kepada dunia akan membanyakkan duka cita dan sedih

Wallahu a’lam


Sumber:
1.       Al-quran
2.       Kitab Jauhara Tauhid
3.       Kitab Syarah Hadith Jibril
 
Copyright © 2010 Pena Emas. All rights reserved.