Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa
puasa dapat membuang toksik dan racun-racun dari badan dan secara tidak
langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit.
Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika, "Puasa adalah seperti
tongkat sakti yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut".
Dalam ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses
pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan
pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah
apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk
berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga
dan pengaliran darah tertumpu kepada Otak Ini menjadikan otak dapat bekerja
(berfikir) dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk
melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang
berkesan.
Dr. Alan Cott, seorang pakar perubatan Amerika Syarikat melaporkan terhadap penyelidik psikologi membuktikan bahawa puasa mempengaruhi darjah kecergasan seseorang. Ujian dilakukan terhadap sekumpulan orang yang rajin berpuasa dan sekumpulan orang yang tidak berpuasa. Keputusannya, ternyata menunjukkan bahawa orang yang rajin berpuasa memperolehi skor (markah) yang jauh lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang yang tidak berpuasa.
Puasa juga dengan izin Allah dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Suatu kongres antarabangsa bertemakan "Kesihatan dan Ramadhan" telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan labih kurang 50 kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegahkan serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihadapi manusia.
Kesimpulan kongres itulah yang menekankan 4 fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas iaitu, munurunkan gula darah, tekanan darah, lipid darah dan berat badan. Sedangkan dunia perubatan pula telah mengenal pasti pebagai punca penyakit yang dialami masyarakat dunia masa kini dan antara penyakit yang paling kerap berlaku di dunia masa kini menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia ialah disebabkan sindrom metabolik. Sindrom ini meliputi 4 masalah:
2. Tekanan Darah Tinggi
3. Lipid Darah Tinggi
4. Lebih berat badan dan Obesiti
Dengan hanya meneliti penyakit utama dunia kini dan kesan
puasa pada tubuh badan dapatlah kita simpulkan bahawa berpuasa adalah sangat
besesuaian untuk mencegah penyakit sindrom metabolik yang melanda dunia masa
kini. Al-Harits seorang Doktor Arab mengatakan: "Yang banyak membunuh
manusia adalah kerana manusia suka memasukkan makanan pada perut sebelum
makanan dalam perut dicerna"
Dr. Alexis Carel seorang doktor antarabangsa dan pernah memperolehi penghargaan nobel dalam bidang kedoktoran telah menyatakan bahawa dengan berpuasa dapat membersihkan pernafasan. Puasa dapat menambahkan kesegaran dan kesihatan pada tubuh, kerana perut yang sentiasa bekerja memproses makanan juga perlu berhenti bekerja buat sementara waktu. Dan ketika berpuasa itu lah perut kita berehat dan mendapat kesegaran semula untuk bekerja kemudiannya. Sama juga Ibaratnya seperti enjin kereta yang mungkin tidak tahan lama jika dipaksa untuk sentiasa berjalan tanpa henti
Di sini saya bawakan beberapa hadith Saranan Berpuasa dari
Nabi Muhammad saw
1. Rasulullah saw bersabda yg bermaksud: "Berpuasalah supaya kamu sihat"
(Hadis Riwayat Abu Naiim)
2. Dari Abu Hurairah: Nabi saw bersabda yang bermaksud, :
"Puasa adalah pelindung"
(Hadis riwayat Bukhari no :935)
3. Nabi Muhammad saw bersabda: "Orang yang paling
banyak kenyang di dunia adalah yang paling lama lapar di akhirat"
(Hadis Riwayat Al-Bazzar)
4. Dari Abu Hurairah : Sesungguhnya Rasulullah saw bersabda:
"Apabila telah tiba Ramadhan, pintu-pintu syurga nescaya dibuka dan
pintu-pintu neraka ditutup; dan syaitan-syaitan dibelenggu."
(Hadis riwayat Bukhari no:933)
moh kite puasa Yob!! banyak kelebihannya ;)
0 ulasan:
Post a Comment