Saturday 16 February 2013

Bahaya Asap Rokok



Rokok bukan sahaja membahayakan orang yang menghisapnya, tetapi juga boleh membahaykan orang lain yang terhidu asap rokok tersebut. Asap rokok didapati mengandungi sebatian radikal yang boleh menyebabkan kerosakan ke atas sel-sel dalam badan. Ini menyebabkan orang yang terdedah dengan asap rokok mempunyai risiko menghidap PENYAKIT JANTUNG 23 peratus lebih tinggi berbanding dengan orang yang tidak terdedah kepada asap rokok. Ini berdasarkan kajian Persatuan Jantung Amerika Syarikat.


Menurut laporan Klinik Mayo, Amerika Syarikat pula, asap rokok yang terdapat di udara mengandungi dua kali ganda lebih tar dan nakotin, tiga kali ganda bahan penyebab KANSER, lima kali ganda KARBON MONOKSIDA dan 50 kali ganda lebih ammonia berbanding asap rokok yang dihisap secara langsung daripada rokok. Antara penyakit yang disebabkan oleh terdedah kepada asap rokok ialah:

1. Barah Paru-Paru

Akademi Sains Kebangsaan, Surgeon General Amerika dan Agensi Pemeliharaan Alam Sekitar, Amerika Syarikat mengesahkan asap rokok menyebabkan penyakit kanser paru-paru bagi orang yang tidak merokok. Terdapat kira-kira 3,800 kes setahun di Amerika Syarikat.


2. Sakit Jantung

Kajian yang dilakukan di Jepun mendapati aliran darah ke jantung berkurangan di kalangan orang yang terdedah kepada asap rokok selama 30 minit. Ini menambahkan risiko akan serangan penyakit jantung. Kajian ini dilaporkan dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika.


3. Asma dan Penyakit paru-paru

Orang yang terdedah kepada asap rokok mempunyai 2.16 kali ganda berisiko menghidap penyakit asma. Bagi orang yang mempunyai pasangan menghisap rokok, risiko ialah 4.77 kali ganda.



4. Strok


Menurut kajian oleh ahli sains Universiti Auckland, New Zealand, orang yang terdedah kepada asap rokok mempunyai kemungkinan 82 peratus menghidap penyakit strok.

0 ulasan:

Post a Comment

 
Copyright © 2010 Pena Emas. All rights reserved.