Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa
puasa dapat membuang toksik dan racun-racun dari badan dan secara tidak
langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit.
Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika, "Puasa adalah seperti
tongkat sakti yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut".
Banyak kejayaan beliau mengubati pesakit-pesakitnya dengan
menganjurkan mereka agar berpuasa sebagai alternatif kepada ubat-ubatan moden
dan puasa bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan melawan penyakit bahkan
dapat juga menajamkan minda kita.
Dalam ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses
pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan
pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah
apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk
berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga
dan pengaliran darah tertumpu kepada Otak Ini menjadikan otak dapat bekerja
(berfikir) dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk
melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang
berkesan.
Dr. Alan Cott, seorang pakar perubatan Amerika Syarikat
melaporkan terhadap penyelidik psikologi membuktikan bahawa puasa mempengaruhi
darjah kecergasan seseorang. Ujian dilakukan terhadap sekumpulan orang yang
rajin berpuasa dan sekumpulan orang yang tidak berpuasa. Keputusannya, ternyata
menunjukkan bahawa orang yang rajin berpuasa memperolehi skor (markah) yang
jauh lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang yang tidak berpuasa.
Puasa juga dengan izin Allah dapat menyembuhkan pelbagai
penyakit. Suatu kongres antarabangsa bertemakan "Kesihatan dan
Ramadhan" telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996.
Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan labih kurang 50
kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegahkan serta
menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihadapi manusia.
Kesimpulan kongres itulah yang menekankan 4 fadhilat
berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas iaitu, munurunkan gula darah, tekanan
darah, lipid darah dan berat badan. Sedangkan dunia perubatan pula telah
mengenal pasti pebagai punca penyakit yang dialami masyarakat dunia masa kini
dan antara penyakit yang paling kerap berlaku di dunia masa kini menurut
Pertubuhan Kesihatan Sedunia ialah disebabkan sindrom metabolik. Sindrom ini
meliputi 4 masalah:
1. Glukos Darah Tinggi
2. Tekanan Darah Tinggi
3. Lipid Darah Tinggi
4. Lebih berat badan dan Obesiti
Dengan hanya meneliti penyakit utama dunia kini dan kesan
puasa pada tubuh badan dapatlah kita simpulkan bahawa berpuasa adalah sangat
besesuaian untuk mencegah penyakit sindrom metabolik yang melanda dunia masa
kini. Al-Harits seorang Doktor Arab mengatakan: "Yang banyak membunuh
manusia adalah kerana manusia suka memasukkan makanan pada perut sebelum
makanan dalam perut dicerna"
Dr. Alexis Carel seorang doktor antarabangsa dan pernah
memperolehi penghargaan nobel dalam bidang kedoktoran telah menyatakan bahawa
dengan berpuasa dapat membersihkan pernafasan. Puasa dapat menambahkan
kesegaran dan kesihatan pada tubuh, kerana perut yang sentiasa bekerja
memproses makanan juga perlu berhenti bekerja buat sementara waktu. Dan ketika
berpuasa itu lah perut kita berehat dan mendapat kesegaran semula untuk bekerja
kemudiannya. Sama juga Ibaratnya seperti enjin kereta yang mungkin tidak tahan
lama jika dipaksa untuk sentiasa berjalan tanpa henti
Di sini saya bawakan beberapa hadith Saranan Berpuasa dari
Nabi Muhammad saw
1. Rasulullah saw bersabda yg bermaksud: "Berpuasalah
supaya kamu sihat"
(Hadis Riwayat Abu Naiim)
2. Dari Abu Hurairah: Nabi saw bersabda yang bermaksud, :
"Puasa adalah pelindung"
(Hadis riwayat Bukhari no :935)
3. Nabi Muhammad saw bersabda: "Orang yang paling
banyak kenyang di dunia adalah yang paling lama lapar di akhirat"
(Hadis Riwayat Al-Bazzar)
4. Dari Abu Hurairah : Sesungguhnya Rasulullah saw bersabda:
"Apabila telah tiba Ramadhan, pintu-pintu syurga nescaya dibuka dan
pintu-pintu neraka ditutup; dan syaitan-syaitan dibelenggu."
(Hadis riwayat Bukhari no:933)
moh kite puasa Yob!! banyak kelebihannya ;)