Wednesday 31 August 2011

Seorang lagi Ulama' di Malaysia telah meninggalkan kita

Bismillahirahmannirahim

Inna lillahi wa inna ilahi raji'un...

Siang tadi ketika sedang sibuk menyediakan  juadah bagi rumah terbuka, saya terbaca status di wall fb (facebook) kawan saya memberitahu bahawa Tuan Guru Haji Hasim Pondok Pasir Tumbuh telah meninggal dunia.

Maka hilanglah seorang lagi alim rabbani yang telah banyak menghabiskan hayatnya dalam pengembangan ilmu pengetahuan dan juga tarbiyah. Berdasarkan sedikit carian di internet dan sekadar maklumat yang dapat dicapai, solat jenazah Almarhum Tuan Guru Haji Hashim telah diimami Tuan Guru Nik Abdul Aziz, turut serta Sultan Kelantan, Tengku Mahkota, para alim ulama, antaranya Dr. Uthman El-Muhammady. Ribuan orang hadir utk solat jenazah.


Sedikit Biodata Almarhum Tuan Guru:

Nama : Tuan Guru Hj. Hashim b. Hj. Abu Bakar.
Tempat lahir : Seberang Pantai Johor, Alor Setar, Kedah.
Tahun lahir : 1923M

Pendidikan :

Belajar di Darul Ulum ad-Diniyah, Mekah dari Tahun 1936 hingga 1939
Belajar di Madrasah Irsyadiyyah Tuan Guru Hj Abdul Rahman Hj Abdullah, Merbuk, Sungai Petani, Kedah pada tahun 1942.
Belajar di pondok al-Marhum Tuan Guru Hj Ghazali Batu 26, Bagan Datoh, Perak pada tahun 1940.
Belajar di Pondok Lebai Idris Hatim, Kampung Air Hitam, Jitra, Kedah pada tahun 1944 selama 2 tahun.
Pada tahun 1946 belajar di Pondok Bunut Payong dengan Tuan Guru Hj Mustafa dan Tuan Guru Hj Abdul Aziz bin Abu Bakar pengasas Pondok Pasir Tumboh
Blog Pondok : albakriah.wordpress.com

Sedikit gambar hari pengkebumian Tuan Guru Haji Hashim






* Saya teringat pengalaman saya di Pondok Pasir Tumbuh selama 2 minggu di sana selepas saya tamat peperiksaan STAM ( Sijil Tinggi Agama Melaysia) di salah sebuah SABK di kepala Batas Pulau Pinang. Saya hanya berkesempatan berada di Pondok itu selama 2 minggu sahaja. Banyak pengalaman yang saya perolehi di sana. Perkara yang paling saya suka selain pengajian yang cukup bnyak disana, biah atau suasana sekeliling yang tidak pernah saya perolehi di tempat lain. Tenang jiwa ini ketika itu, kerana dikelilingi dengan suasa yang cukup membantu untuk menguatkan rohani dan untuk merawat jiwa, tetapi apa yang saya cukup terkilan saya tidak berkesempatan bertemu dengan Tuan Guru Hj Hashim. Moga roh Allahyarham di rahamti oleh Allah swt.

Al-Fatihah


0 ulasan:

Post a Comment

 
Copyright © 2010 Pena Emas. All rights reserved.