Friday, 5 August 2011

Bermulanya Disini

Bismillahirahmannirahim..

Assalamualikum,


   Hari ini saya memulakan penulisan blog saya di bulan Ramadhan walaupun saya boleh bermula lebih awal namun keinginan hati saya bagi memulakan penulisan blog saya ini di bulan yang mulia ini untuk menjadi santapan bacaan kepada sesiapa yang ingin mencari secebis bacaan tambahan, kerana firman ALLAH swt yang pertama yang diturunkan adalah -iqro'- Jadi di kesempatan ini saya terpanggil utk menyediakan juadah tambahan bagi sesiapa yang mencari sumber tambahan bagi pembacaan dan pengetahuan.

  Pada 5 Ogos 2011, ketika saya mengikuti pengajian tafaquh bersama Al-fadhil Ustaz Nasrol yang mana beliau membuka kitab " Al-Fawakeh As-Saqidhoh " iaitu kitab kecil yang mengandungi bait-bait syair yang di nukilkan oleh Syeikh Adam Abdullah Al-Aluri dari Nigeria yang mana saya cukup tertarik dengan pembukaan penulisan bagi kitab ini. Jadi dengan itu dengan rasa berbesar hati saya ingin cuba untuk menterjemahkan kata-kata pembukaan kitab ini dan saya harap terjemahan saya ini mampu untuk menyampaikan maksud yang sebenar seperti mana yang telah di nukilkan didalam kitab ini di dalam Bahasa Arab dan mudah-mudahan mendapat perhatian disisi ALLAH swt dan mendapat rahmat dariNya

Menunutu ilmu adalah satu kewajipan keatas orang islam
  • Seperti mana yang disebut didalam hadith Qudsi : Kenalilah aku sebelum kamu menyembahku, barang sesiapa yang tidak mengenaliku bagaimanakah dia ingin menyembahku, dan tidak aku jadikan Jin dan Manusia melainkan untuk menyembahku
  • Sabda Nabi Muhammad saw: menuntut ilmu adalah satu kewajipan keatas orang islam
  • Berkata Saidina Ali ra: Barang siapa yang peroleh ilmu maka dia akan mengetahui setiap perkara dan barang sesiapa yang tiada ilmu dia akan hilang semua perkara
  • Sesungguhnya Orang Alim diibaratkan seperti Emas dan Orang yang Menetut Ilmu diibaratkan seperti Perak dan seluruh manusia selain 2 golongan ini diibaratkan seperti Timah
  • Muhammad Arabi berkata : Sesiapa yang melihat wajah seorang Alim (ulama') Yg Rabbani dengan penuh kemuliaan seakan-akan beribadat kepada ALLAH selama 60 Tahun dan Sesiapa yang bercakap bersama Alim(ulama') Yg Rabbani dengan penuh rasa rendah diri seakan-akan bercakap bersama Nabi kerana Ulama' adalah pewaris para Nabi
  • Jika kamu melihat Orang Alim(ulama') maka bangunlah dan hormatilah dia dan sekiranya kamu berada didalam majlis pengajiannya maka duduklah kerana keberkatan turun pada masa itu
  • Barang siapa yang mencintai Orang Alim(ulama') seakan-akan mencintai Nabi Muhammad saw, maka barang siapa yang mencintai Nabi Muhammad saw maka sesungguhnya dia mencintai ALLAH swt
  • Barang siapa yang tidak menghadiri majlis ilmu maka dia tidak akan mengenali ALLAH swt
  • Barang siapa tidak bersama ulama' selama 40 hari maka dia bersama Syaitan (maka keraslah hatinya)
  • Sebaik-baki amalan selepas amaln fardhu adalah menuntut Ilmu kerana Ilmu tiang agama dan Ilmu perhiasan bagi seseorang kerana dengannya dia akan di muliakan
  • Barang siapa yang mendekati ilmu maka akan datang kepadanya hikmah bagi sesiapa yang ALLAH inginkan dan barang siapa yang didatangkan hikmah kepadanya maka dia akan peroleh bnyak kebaikan
  • Maka tidak akan ketahui hakikat ini melainkan Orang Yang Berakal (orang-orang yang cerdik pandai)
  • Ilmu Bekata: Sesiapa yang membaca aku didalam kehidupannya sesungguhnya aku akan menjadi saksi kepadanya untuk ke Syurga
  • Aku Ilmu siapa yang membaca aku sedangkan dia Orang Yang Hina maka dia akan menjadi Orang Yang Mulia, siapa yang membaca aku sedangkan dia Orang Yang Lemah maka dia akan menjadi Orang Yang Kuat, dan siapa yang membaca aku sedangkan dia dalam keadaan Derita maka dia akan menjadi Org Yang Bahagia
Dari Syair:
  • Ilmu adalah sebaik-baik  perkara yang dikejar maka pelajar akan peroleh agama dan dunia yang mana tidak diperolehi  sebelum ini
  • Sesungguhnya ALLAH telah memuliakan Ahli Ilmu maka berbanggalah kamu kerana sesungguhnya kamu orang yang diamanahkan oleh ALLAH swt untuk memimpin umat ini



Dengan ini saya harapkan dengan pemulaan penulisan saya ini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat kepada pembaca...


Wallahu A'lam

0 ulasan:

Post a Comment

 
Copyright © 2010 Pena Emas. All rights reserved.