Bismillahirahmanirahim
Assalamulaikum
Hari ini saya ingin kongsikan pembacaan saya dari buku “ wanita hari esok” kitab kecil hasil dari kuliah Syiekh Dr yusur al-Qardawi mengenai harapnya terhadap kaum wanita hari ini…
Pada hari ini saya hanya ingin menyentuh perkara yg berkaitan dengan hubungan penciptaan ADAM dan HAWA.. yang mana adam mewakili kaum lelaki dan hawa sebaliknya
ALLAH berfirmsan:
و الليل اذا يغشى . و النهار اذا تجلى . وما خلق الذكر و الأنثى
Mkasudnya: Demi malam yang menutupi (cahaya siang).. dan siang apabila ternag benderang, dan penciptaan lelaki dan perempuan.. (surah Al-lail : ayat 1-3 )
Sebagaimana Allah swt mencipta pasangan malam dan siang, begitu juga diciptakan pasangan lelaki dan perempuan. Kehidupan tidak akan sempurna tanpa malam dan siang, begitu jugalah perihalnya lelaki dan wanita.
Allah berfirman:
و من كل شئ خمقنا زوجان
Maksudnya: “dan setiap sesuatu kami jadi kan berpasang-pasangan” (surah Adz-Dzariyat : ayat 49 )
Tuhan telah mencipta segala yang ada secara berpasang-pasangan. Sedangkan ciptaan-Nya yang tidak bernyawa seperti kuasa elektrik pun terdiri dari cas positif ve+ dan cas negatif ve-, apatah lagi lelaki dan wanita yang saling memerlukan antara satu sama lain
Wanita bukan seteru kaum lelaki dan bukan pula lelaki seteru kaum wanita, atas dasar itu Allah berfirman:
فاستجاب لهم ربهم أنى لا أضيع عمل عامل منكم من ذكر و أنثى بعضكم من بعض
Bermaksud: “ Lalu Tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan berfirman) : “sesungguhnya Aku tidak menyia-yiakan amalan orang-orang yang beramal di antara kamu, baik lelaki atau perempuan kerana sebahagian kamu adalah keturunan dari sebahagian yang lain” (surah Ali-Imran : ayat 195)
Ini bererti wanita sebahagian dari lelaki dan lelaki sebahagian dari wanita, Lelaki memerlukan wanita dan begitu lah sebaliknya. Justeru itu, wanita tidak wajar memusuhi dan cuba menandingi lelaki malah mereka sebagai pelengkap kaum lelaki.
Ketika Allah swt mencipta Adam dan menempatkannya di dalam syurga, Allah tidak membiarkannya seorang diri kerana tiada ertinya hidup berseoranagn walaupun di syurga. Maka Allah menjadikan Hawa di sampingnya seraya itu Allah berfirman:
اسكن أنت و زوجك الجنة
Maksudnya: “tinggallah kamu bersama isterimu di syurga” (surah Al-Baqarah : ayat 35 )
و جعل منها زوجها ليسكن اليها
Maksudnya: “dan daripadanya dia menciptakan isterinya dia merasa senang kepadanya” (Surah Al-A'raf : ayat 189 )
Lelaki daripada wanita dan wanita daripada lelaki, tidak wajar bagi wanita untuk menandingi atau menentang lelaki. Muslimah hari esok tidak sepatutnya menjadikan diri mereka sebagai pencabar lelaki, berbuat apa yang mereka buat dan memakai apa yang mereka pakai.
Keadaan dunia hari ini sudah terbalik, wanita mahu menjadi lelaki dan lelaki pula berlagak seperti perempuan.
Lelaki harus kekal dengan kelakianya dan wanita pula perlu kekal dengan kewanitaannya, Apabila lelaki tidak mempertahankan kelakiannya dan begitu juga wanita, maka dunia ini tiada ertinya lagi. Oleh itu Nabi Muhammad saw melarang lelaki memakai pakaian wanita dan wanita daripada memakai pakaian lelaki. Baginda saw melaknat golongan lelaki yang menyerupai wanita begitu juga sebaliknya supaya setiap mereka dapat menjaga fitrah asal kejadian mereka.
Justeru harapan saya agar muslimah hari esok dapat menjaga keperibadian dan kewanitaannya, tidak menandingi kelakian kaum adam bahkan membantunya dalam melaksanakan tanggngjawab. Dia hendaklah bekerja dalam ruang lingkup yang sesuai dengan fitrah kewanitaannya seperti guru, doctor, dan jururawat wanita daripada membiarkan jururawat atau doctor lelaki membuat pemeriksaan keatasnya yang mana mungkin juga mereka bukan dari golongan muslim begitu juga bekerja sebagai juru jual pakaian dalaman wanita dan sebagainya..
Realiti Hari Ini:
- Berkaitan dengan ayat ini "tidak wajar bagi wanita untuk menandingi atau menentang lelaki" telah wujud satu pertubuhan yang kononnya membela kaum wanita tetapi sebalik meruntuhkan kaum itu, yang saya maskudkan dengan pertubuhan itu ialah pertubuhan (SIS) atau Sister In Islam. Yang mana mereka ini banyak membuat kenyataan yang bercanggah dengan fitrah yang telah Allah swt tetapkan bagi kaum wanita ini.
- Berkaitan dengan ayat ini pula "wanita mahu menjadi lelaki dan lelaki pula berlagak seperti perempuan." hari ini golongan songsang iaitu Podan Dan Tomboi semakin diterima di hati masyarakat khususnya di Malaysia. buktinya apa????? terhasilnya filem-filem yang mengenengahkan golongan ini. Maka terhasilnya filem Anu Dalam Botol dan Sebagainya. dan berkaitan dengan ini juga saya pernah terbaca di harian metro kisah seorang Podan yang berkhidmat kepada lelaki yang meninginkan khidmat sex songsang ini, yang mana beliau sanggup membedah dan membuang kemaluannya demi untuk merealisasikan impian kekasihnnya kononnya yang berjanji akan sehidup semati dengannya. Disangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari, apabila diri dimamah usia baru dia tersedar yang dia tidak diperlukan lagi, dan ketika itu baru dia menyesali dirinya selepas tersedar bahawa kematian akan menjemputnya pada satu hari nanti.
Wallahu A'lam
2 ulasan:
suke yg ni.nice :)
so fitrah manusia kita kena ra'i.. tp jgn trus mencemuh golongan pondan dan tomboi tp pimpin mereka.
Post a Comment