Wednesday, 31 August 2011

Seorang lagi Ulama' di Malaysia telah meninggalkan kita

Bismillahirahmannirahim

Inna lillahi wa inna ilahi raji'un...

Siang tadi ketika sedang sibuk menyediakan  juadah bagi rumah terbuka, saya terbaca status di wall fb (facebook) kawan saya memberitahu bahawa Tuan Guru Haji Hasim Pondok Pasir Tumbuh telah meninggal dunia.

Maka hilanglah seorang lagi alim rabbani yang telah banyak menghabiskan hayatnya dalam pengembangan ilmu pengetahuan dan juga tarbiyah. Berdasarkan sedikit carian di internet dan sekadar maklumat yang dapat dicapai, solat jenazah Almarhum Tuan Guru Haji Hashim telah diimami Tuan Guru Nik Abdul Aziz, turut serta Sultan Kelantan, Tengku Mahkota, para alim ulama, antaranya Dr. Uthman El-Muhammady. Ribuan orang hadir utk solat jenazah.


Sedikit Biodata Almarhum Tuan Guru:

Nama : Tuan Guru Hj. Hashim b. Hj. Abu Bakar.
Tempat lahir : Seberang Pantai Johor, Alor Setar, Kedah.
Tahun lahir : 1923M

Pendidikan :

Belajar di Darul Ulum ad-Diniyah, Mekah dari Tahun 1936 hingga 1939
Belajar di Madrasah Irsyadiyyah Tuan Guru Hj Abdul Rahman Hj Abdullah, Merbuk, Sungai Petani, Kedah pada tahun 1942.
Belajar di pondok al-Marhum Tuan Guru Hj Ghazali Batu 26, Bagan Datoh, Perak pada tahun 1940.
Belajar di Pondok Lebai Idris Hatim, Kampung Air Hitam, Jitra, Kedah pada tahun 1944 selama 2 tahun.
Pada tahun 1946 belajar di Pondok Bunut Payong dengan Tuan Guru Hj Mustafa dan Tuan Guru Hj Abdul Aziz bin Abu Bakar pengasas Pondok Pasir Tumboh
Blog Pondok : albakriah.wordpress.com

Sedikit gambar hari pengkebumian Tuan Guru Haji Hashim






* Saya teringat pengalaman saya di Pondok Pasir Tumbuh selama 2 minggu di sana selepas saya tamat peperiksaan STAM ( Sijil Tinggi Agama Melaysia) di salah sebuah SABK di kepala Batas Pulau Pinang. Saya hanya berkesempatan berada di Pondok itu selama 2 minggu sahaja. Banyak pengalaman yang saya perolehi di sana. Perkara yang paling saya suka selain pengajian yang cukup bnyak disana, biah atau suasana sekeliling yang tidak pernah saya perolehi di tempat lain. Tenang jiwa ini ketika itu, kerana dikelilingi dengan suasa yang cukup membantu untuk menguatkan rohani dan untuk merawat jiwa, tetapi apa yang saya cukup terkilan saya tidak berkesempatan bertemu dengan Tuan Guru Hj Hashim. Moga roh Allahyarham di rahamti oleh Allah swt.

Al-Fatihah


Monday, 8 August 2011

Lelaki Dan Wanita : Hubungan Yang Saling Melengkapi


Bismillahirahmanirahim

Assalamulaikum

 Hari ini saya ingin kongsikan pembacaan saya dari buku “ wanita hari esok” kitab kecil hasil dari kuliah Syiekh Dr yusur al-Qardawi mengenai harapnya terhadap kaum wanita hari ini…

Pada hari ini saya hanya ingin menyentuh perkara yg berkaitan dengan hubungan penciptaan ADAM dan HAWA.. yang mana adam mewakili kaum lelaki dan hawa sebaliknya

ALLAH berfirmsan:

و الليل اذا يغشى . و النهار اذا تجلى . وما خلق الذكر و الأنثى

Mkasudnya: Demi malam yang menutupi (cahaya siang).. dan siang apabila ternag benderang, dan penciptaan lelaki dan perempuan.. (surah Al-lail : ayat 1-3 )

Sebagaimana Allah swt mencipta pasangan malam dan siang, begitu juga diciptakan pasangan lelaki dan perempuan. Kehidupan tidak akan sempurna tanpa malam dan siang, begitu jugalah perihalnya lelaki dan wanita.

Allah berfirman:

 و من كل شئ خمقنا زوجان
 
Maksudnya: “dan setiap sesuatu kami jadi kan berpasang-pasangan” (surah Adz-Dzariyat : ayat 49 )

Tuhan telah mencipta segala yang ada secara berpasang-pasangan. Sedangkan ciptaan-Nya yang tidak bernyawa seperti kuasa elektrik pun terdiri dari cas positif ve+ dan cas negatif ve-, apatah lagi lelaki dan wanita yang saling memerlukan antara satu sama lain

Wanita bukan seteru kaum lelaki dan bukan pula lelaki seteru kaum wanita, atas dasar itu Allah berfirman:

فاستجاب لهم ربهم أنى لا أضيع عمل عامل منكم من ذكر و أنثى بعضكم من بعض

Bermaksud: “ Lalu Tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan berfirman) : “sesungguhnya Aku tidak menyia-yiakan amalan orang-orang yang beramal di antara kamu, baik lelaki atau perempuan kerana sebahagian kamu adalah keturunan dari sebahagian yang lain” (surah Ali-Imran : ayat 195)

 Ini bererti wanita sebahagian dari lelaki dan lelaki sebahagian dari wanita, Lelaki memerlukan wanita dan begitu lah sebaliknya. Justeru itu, wanita tidak wajar memusuhi dan cuba menandingi lelaki malah mereka sebagai pelengkap kaum lelaki.

Ketika Allah swt mencipta Adam dan menempatkannya di dalam syurga, Allah tidak membiarkannya seorang diri kerana tiada ertinya hidup berseoranagn walaupun di syurga. Maka Allah menjadikan Hawa di sampingnya seraya itu Allah berfirman:

اسكن أنت و زوجك الجنة

Maksudnya: “tinggallah kamu bersama isterimu di syurga” (surah Al-Baqarah : ayat 35 )

Syurga tanpa Hawa tidak memberi sebarang makna, oleh sebab itu Allah swt berfirman:

و جعل منها زوجها ليسكن اليها

Maksudnya: “dan daripadanya dia menciptakan isterinya dia merasa senang kepadanya” (Surah Al-A'raf : ayat 189 )

Lelaki daripada wanita dan wanita daripada lelaki, tidak wajar bagi wanita untuk menandingi atau menentang lelaki. Muslimah hari esok tidak sepatutnya menjadikan diri mereka sebagai pencabar lelaki, berbuat apa yang mereka buat dan memakai apa yang mereka pakai. 



Keadaan dunia hari ini sudah terbalik, wanita mahu menjadi lelaki dan lelaki pula berlagak seperti perempuan.


Lelaki harus kekal dengan kelakianya dan wanita pula perlu kekal dengan kewanitaannya, Apabila lelaki tidak mempertahankan kelakiannya dan begitu juga wanita, maka dunia ini tiada ertinya lagi. Oleh itu Nabi Muhammad saw melarang lelaki memakai pakaian wanita dan wanita daripada memakai pakaian lelaki. Baginda saw melaknat golongan lelaki yang menyerupai wanita begitu juga sebaliknya supaya setiap mereka dapat menjaga fitrah asal kejadian mereka.

Justeru harapan saya agar muslimah hari esok dapat menjaga keperibadian dan kewanitaannya, tidak menandingi kelakian kaum adam bahkan membantunya dalam melaksanakan tanggngjawab. Dia hendaklah bekerja dalam ruang lingkup yang sesuai dengan fitrah kewanitaannya seperti guru, doctor, dan jururawat wanita daripada membiarkan  jururawat atau doctor lelaki membuat pemeriksaan keatasnya yang mana mungkin juga mereka bukan dari golongan muslim begitu juga bekerja sebagai juru jual pakaian dalaman wanita dan sebagainya..

Realiti Hari Ini: 

  • Berkaitan dengan ayat ini  "tidak wajar bagi wanita untuk menandingi atau menentang lelaki" telah wujud satu pertubuhan yang kononnya membela kaum wanita tetapi sebalik meruntuhkan kaum itu, yang saya maskudkan dengan pertubuhan itu ialah pertubuhan (SIS) atau Sister In Islam. Yang mana mereka ini banyak membuat kenyataan yang bercanggah dengan fitrah yang telah Allah swt tetapkan bagi kaum wanita ini.

  • Berkaitan dengan ayat ini pula "wanita mahu menjadi lelaki dan lelaki pula berlagak seperti perempuan." hari ini golongan songsang iaitu Podan Dan Tomboi semakin diterima di hati masyarakat khususnya di Malaysia. buktinya apa????? terhasilnya filem-filem yang mengenengahkan golongan ini. Maka terhasilnya filem Anu Dalam Botol dan Sebagainya. dan berkaitan dengan ini juga saya pernah terbaca di harian metro kisah seorang Podan yang berkhidmat kepada lelaki yang meninginkan khidmat sex songsang ini, yang mana beliau sanggup membedah dan membuang kemaluannya demi untuk merealisasikan impian kekasihnnya kononnya yang berjanji akan sehidup semati dengannya. Disangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari, apabila diri dimamah usia baru dia tersedar yang dia tidak diperlukan lagi, dan ketika itu baru dia menyesali dirinya selepas tersedar bahawa kematian akan menjemputnya pada satu hari nanti.

Wallahu A'lam

Friday, 5 August 2011

Bermulanya Disini

Bismillahirahmannirahim..

Assalamualikum,


   Hari ini saya memulakan penulisan blog saya di bulan Ramadhan walaupun saya boleh bermula lebih awal namun keinginan hati saya bagi memulakan penulisan blog saya ini di bulan yang mulia ini untuk menjadi santapan bacaan kepada sesiapa yang ingin mencari secebis bacaan tambahan, kerana firman ALLAH swt yang pertama yang diturunkan adalah -iqro'- Jadi di kesempatan ini saya terpanggil utk menyediakan juadah tambahan bagi sesiapa yang mencari sumber tambahan bagi pembacaan dan pengetahuan.

  Pada 5 Ogos 2011, ketika saya mengikuti pengajian tafaquh bersama Al-fadhil Ustaz Nasrol yang mana beliau membuka kitab " Al-Fawakeh As-Saqidhoh " iaitu kitab kecil yang mengandungi bait-bait syair yang di nukilkan oleh Syeikh Adam Abdullah Al-Aluri dari Nigeria yang mana saya cukup tertarik dengan pembukaan penulisan bagi kitab ini. Jadi dengan itu dengan rasa berbesar hati saya ingin cuba untuk menterjemahkan kata-kata pembukaan kitab ini dan saya harap terjemahan saya ini mampu untuk menyampaikan maksud yang sebenar seperti mana yang telah di nukilkan didalam kitab ini di dalam Bahasa Arab dan mudah-mudahan mendapat perhatian disisi ALLAH swt dan mendapat rahmat dariNya

Menunutu ilmu adalah satu kewajipan keatas orang islam
  • Seperti mana yang disebut didalam hadith Qudsi : Kenalilah aku sebelum kamu menyembahku, barang sesiapa yang tidak mengenaliku bagaimanakah dia ingin menyembahku, dan tidak aku jadikan Jin dan Manusia melainkan untuk menyembahku
  • Sabda Nabi Muhammad saw: menuntut ilmu adalah satu kewajipan keatas orang islam
  • Berkata Saidina Ali ra: Barang siapa yang peroleh ilmu maka dia akan mengetahui setiap perkara dan barang sesiapa yang tiada ilmu dia akan hilang semua perkara
  • Sesungguhnya Orang Alim diibaratkan seperti Emas dan Orang yang Menetut Ilmu diibaratkan seperti Perak dan seluruh manusia selain 2 golongan ini diibaratkan seperti Timah
  • Muhammad Arabi berkata : Sesiapa yang melihat wajah seorang Alim (ulama') Yg Rabbani dengan penuh kemuliaan seakan-akan beribadat kepada ALLAH selama 60 Tahun dan Sesiapa yang bercakap bersama Alim(ulama') Yg Rabbani dengan penuh rasa rendah diri seakan-akan bercakap bersama Nabi kerana Ulama' adalah pewaris para Nabi
  • Jika kamu melihat Orang Alim(ulama') maka bangunlah dan hormatilah dia dan sekiranya kamu berada didalam majlis pengajiannya maka duduklah kerana keberkatan turun pada masa itu
  • Barang siapa yang mencintai Orang Alim(ulama') seakan-akan mencintai Nabi Muhammad saw, maka barang siapa yang mencintai Nabi Muhammad saw maka sesungguhnya dia mencintai ALLAH swt
  • Barang siapa yang tidak menghadiri majlis ilmu maka dia tidak akan mengenali ALLAH swt
  • Barang siapa tidak bersama ulama' selama 40 hari maka dia bersama Syaitan (maka keraslah hatinya)
  • Sebaik-baki amalan selepas amaln fardhu adalah menuntut Ilmu kerana Ilmu tiang agama dan Ilmu perhiasan bagi seseorang kerana dengannya dia akan di muliakan
  • Barang siapa yang mendekati ilmu maka akan datang kepadanya hikmah bagi sesiapa yang ALLAH inginkan dan barang siapa yang didatangkan hikmah kepadanya maka dia akan peroleh bnyak kebaikan
  • Maka tidak akan ketahui hakikat ini melainkan Orang Yang Berakal (orang-orang yang cerdik pandai)
  • Ilmu Bekata: Sesiapa yang membaca aku didalam kehidupannya sesungguhnya aku akan menjadi saksi kepadanya untuk ke Syurga
  • Aku Ilmu siapa yang membaca aku sedangkan dia Orang Yang Hina maka dia akan menjadi Orang Yang Mulia, siapa yang membaca aku sedangkan dia Orang Yang Lemah maka dia akan menjadi Orang Yang Kuat, dan siapa yang membaca aku sedangkan dia dalam keadaan Derita maka dia akan menjadi Org Yang Bahagia
Dari Syair:
  • Ilmu adalah sebaik-baik  perkara yang dikejar maka pelajar akan peroleh agama dan dunia yang mana tidak diperolehi  sebelum ini
  • Sesungguhnya ALLAH telah memuliakan Ahli Ilmu maka berbanggalah kamu kerana sesungguhnya kamu orang yang diamanahkan oleh ALLAH swt untuk memimpin umat ini



Dengan ini saya harapkan dengan pemulaan penulisan saya ini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat kepada pembaca...


Wallahu A'lam
 
Copyright © 2010 Pena Emas. All rights reserved.