Tuesday, 1 November 2011

Matlamat Percintaan

Bismillahirahmannirahim…

Assalammualaikum,

Hari ini saya ingin menulis artikal yang berkaitan dengan perkara yang orang paling suka bincangkan terutamanya golongan remaja iaitu berkaitan dengan “Cinta”… apakah matlamat percintaan dua insan antara lelaki dan perempuan..

Kenapa  kita rasa ingin bercinta???
 Inilah fitrah yang Allah jadikan kepada manusia. Allah campakkan perasan suka, kasih dan sayang diantara lelaki dan perempuan, jadi sekiranya ada lelaki yang rasa jatuh cinta sesama lelaki atau pun perempuan yang jatuh cinta terhadap perempuan ini menyalahi fitrah kejadian manusia, seperti Gay dan Lesbian tiada kesudahannya jika diturutkan hawa nafsu mereka terhadap percintaan songsang ini. Jadi bagi mana-mana lelaki yang ada perasaan kepada perempuan dan begitu juga sebaliknya mana-mana perempuan yang ada perasaan kepada lelaki semestinya perlu bersyukur kerana berada pada landasan fitrah yang betul.

Matlamat percintaan
Di sini saya ingin fokuskan terhadap realiti masyarakat di Malaysia khususnya dan masyarat seluruh dunia secara umumnya terutamanya golongan muda-mudi hari ini, baik di sekolah, mahu pun di university-universiti. Bercinta sesama lelaki dan perempuan bagaikan sudah menjadi adat dan perkara biasa dalam kehidupan muda-mudi hari ini.. apakah tujuan sebenar percintaan yang masih belum ada ikatan yang sah ini..??
Jika di tanya kepada mereka, “apa tujuan kamu bercinta??” jawab “sebab saya suka dekat dia dan ingin sehidup dan semati dengannya..!! “kalau macam itu kahwin sahaja lah” jawab “tak boleh, saya masih belum bersedia” “kenapa belum bersedia??” jawab “ialah kahwin mesti kena galas tanggungjawab selepas kahwin” dan banyak lagi jawapan-jawapan yang lain diluar saya.
Saya tertarik dari apa yang telah ditulis oleh Pakar Motivasi yang terkenal di Mesir iaitu Jamal Madhi dalam kitab beliau “ al-hubbu wal hayah

“Jadi kalau belum bersedia untuk berkahwin kenapa kamu bercinta??”

Saya teringat kata Allahyarham ustaz sha’ari ishak seorang ustaz merangkap murabbi kepada kami pelajar-pelajar Madrasah Al-Hidayah, beliau kata “ Lelaki nak minat kat perempuan atau perempuan nak minat kat lelaki takpa, tapi bercinta jangan!!”  dan saya juga teringat juga kata-kata bekas penolong kanan dan pegetua Sekolah Menengah Teknik Lebuh Cator, En Ahmat Mahmud katanya “ jangan kita habiskan tenanga kita kepada perkara tak sepatutnya”

Dua kata-kata ini boleh dirangkumkan menjadi satu “ bagi kita yang masih bergelar pelajar belum masanya untuk memikirkan tentang cinta yang tiada ikatan yang sah ini, dan jangan habis banyak masa untuk merumitkan diri kita dengan masalah cinta, dan tumpukan sepenuh tenaga dan usaha untuk mencapai matlamat yang utama, tetapi tidak salah untuk merai perasaan yang memang menjadi fitrah kepada manusia.  Seperti di dalam kitab mu’asyoroh zaujiyah pengarang mengatakan, perasaan suka kepada lelaki atau perempuan itu fitrah dan bukannya maksiat. Ada pun menjadi maksiat kerana tindakan selepas itu.

Jadi barang sesiapa yang ingin bercinta sepatutnya ia sudah bersedia untuk melangkah satu tapak kehadapan untuk bersedia  menggalas tanggungjawab sekiranya perkahwinan menjadi matlamat utama percintaan tersebut..

Percintaan itu akan lebih bermakna sekiranya perkahwinanlah matlamat percintaan tersebut..
Percintaan antara lelaki dan perempuan yang tiada ikatan yang sah ini antara salah satu diantara punca utama kepada berlakunya zina..

Allah berfirman:
لا تقربوا الزنى فإنه كان فاحشه وسآء سبيلا
(Surah Al-Isra' : 32)


Maksudnya: Dan janganlah kamu mendekati zina,  sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.

Perasaan suka antara lelaki dan perempuan fitrah kejadian manusia, yang menjadi masalah iaitu tindakan kita yang menjadikan hawa nafsu sebagai peneraju tindakan kita kearah kemaksiatan, seperti berdua-dua dan sebagainya.
Hadith:
لا يخلون رجل بامرأة فإن ثالثهما الشيطان


Maksudnya:  tidak boleh lelaki dan perempuan berdua-duaan kerana yang ketiga itu adalah syaitan

Bila matlamat percintaan tidak jelas, akan menimbulkan beberapa masalah, antaranya:
1.     
           Penzinaan:  dari bibit-bibit cinta yang bermula sekiranya tidak di kawal dan dibendung dibimbangi pasangan yang bercinta ini akan terjebak ke lembah penzinaan, perkara ini tidak boleh dinafikan lagi, pernah keluar satu  statement  berita  3, 4 tahun lalu, yang diberi oleh pihak  DBKL, setiap hari isnin pagi ketika mana  buruh-buruhnya keluar untuk membersihkan kawasan  disekitar kawasan bndaraya kuala lumpur, mereka mampu mengutip  tidak kurang dari 100 kondom disekitar taman tasek titiwangsa. “pokok tak akan bergoyang kalau tidak ada angin yang bertiup” Zina tidak akan berlaku melainkan ada sebab dan dorongan kearah itu!! Dan hari ini juga remaja melayu sudah tiada rasa malu dan tidak rasa bersalah lagi untuk berzina malah berani untuk merakam aksi panas meraka.


Hadith:
إذا لم تستح فاصنع ما شئت

(Hadith riyawat Bukhari)



Maksudnya:  Sekiranya kamu tidak malu lakukan apa yang kamu suka

2.     Pembuangan Anak:  dan apabila penzinaan semakin berleluasa   ramailah anak luar nikah yang dibuang dimerata tempat. Seperti yang saya katakana sebentar tadi, bercinta memerlukan kepada persediaan untuk mula merasakan tanggungjawab. Bila cinta semata-mata mengikut kehendak hawa nafsu tidak lari perlu rasa bertanggungjawab kepada anak zina  yang dilahirkan. Berbeza bagi orang yang berkahwin dengan sah cukup bersyukur ALLAH swt mengurniakan zuriat kepada dirinya dan pasangannya.

3.     Putus Cinta: Putus cinta akan mendatangkan kesan yang negatif kepada seseorang baik lelaki atau perempuan. Antaranya perkara yang paling  teruk yang mungkin akan berlaku ada yang sanggup membunuh diri kerana kegagalan dalam percintaan. Bagi perempuan putus cinta adalah satu perkara yang cukup memedihkan sehingga mengambil masa yang lama untuk kembali pulih seperti sedia kala. Dan apa kurangnya lelaki, bak kata pepatah

4.     Mind Set”:  Media hari ini antara sumber  yang paling besar menyumbang kearah percintaan yang tidak ada ikatan yang sah ini. Betul ka????  Banyak filem-filem Hollywood, bollywood mahu pun malaywood yang memaparkan cerita-cerita cinta  sebegini. Bagaikan menggalakkan kebebasan dan keruntuhan akhlak , seperti filem-filem dari barat menganggap perbuatan zina dan perbuatan sumbang adalah salah satu bentuk kebebasan individu.  Contoh bila ada adegan bercumbu diantara lelaki dan perempuan yang belum berkahwin, penonton akan kata “Wah!! Romantiknya” sedangkan tiada ikatan perkahwinan yang sah antara mereka berdua. Lebih teruk lagi, ada filem yang memaparkan adegan ranjang antara dua kekasih sebagai tanda atau bukti kecintaan mereka berdua. Dan sebabkan lambakan filem-filem sedemikian, ia mampu mempengaruhi remaja kita hari ini yang lemah pegangan akidah mereka. Bila kata romantik, semua akan berpaling kearah barat sedangkan Nabi kita Muhammad saw diantara orang yang paling romantic. antaranya:

  •  Baginda saw meminum air di dalam cawan dengan meletakkan bibir baginda saw di tempat aisyah ra meletakkan bibirnya dimulut cawan tersebut 
  • Baginda saw pernah menggigit seketul daging bersama-sama aisyah ra, sehingga bibir mereka bertemu 
  •  Baginda saw berlumba lari dengan aisyah ra, pada kali pertamanya baginda dikalahkan oleh aisyah ra, tetapi buat kali kedua ketika mana aisyah ra sudah sedikit berisi badannya, baginda saw ajak untuk berlumba sekali lagi, dan ternyata kali ini baginda Berjaya mengalahkan aisyah ra.

Cara atasi :

1. Mendapat khidmat Nasihat atau pandangan orang yang Alim, Guru-guru atau Orang yang lebih tua seperti Ibu Bapa.

2. Lebih mendekatkan diri dengan Allah swt.

3. Isi masa yang terluang dengan aktiviti yang bermanfaat

4. Bina matlamat hidup

5. Tidak terpengaruh dengan rakan dan sepatutnya kita kena ada pendirian.
 (fakta: salah seorang dari rumah perlindungan wanita membuat pengakuan eksklusif tentang bagaimana dia boleh terjebak kelembah penzinaan. Dia kata “ saya cemburu kepada kawan-kawan saya, semua kawan-kawan saya ada boyfriend, saya ja tak da.. pada suatu hari saya tak bertepuk sebelah tangan apabila ada lelaki sudi menjadi boyfriend saya, saya terharu dengannya dan membuatkan saya betul-betul sayang dan sanggup berkorban apa sahaja untuknya, sehinggalah saya terpedaya dan saya serahkan maruah diri saya yang saya jaga selama ini kepadanya.. akibatnya lelaki itu terus tinggalkan saya sambil perut saya semakin membesar..” Perempuan hari ini mestilah ada pendirian yang tetap dan bermaurah demi menjaga kehormatan dirinya)

"perempuan yang mahal bukan disebabkan maharnya tetapi mahal kerana Ahklak dan Keperibadiannya"

Kalau macam itu tidak bolehlah bercinta sebelum kahwin??
Bila saya mendengar persoalan ini saya tertarik dengan kisah hidup Dr Jamnul Azhar seorang pelajar perubatan di Mesir. 






Jadi saya tidak perlu jawab persoalan tadi, bagi sesiapa yang menonton video itu boleh membuat kesimpulan terhadap persoalan di atas..

Kesimpulannya: Hari ini kita perlu melahirkan muda-mudi yang faham akan tujuan dan matlamat hidup di dunia yang sementara, dan kuat jiwanya terhadap penciptanya ALLAH swt . Kita umat Islam bukan berpegang kepada fahaman barat iaitu "Rahbaniyah" tetapi kita berpegang kepada fahaman "Rabbaniyah". Islam cukup menitik beratkan kehidupan dunawi dan ukhrawi. Kita bukan semata-mata hidup didunia ini bahkan kehidupan yang kekal abadi adalah diakhirat kelak. Tetapi tidak bermakna kita perlu meninggalkan dunia.





Sumber:
1.       Al-quran
2.       Kitab Alhubbu wal Hayah (jamal madhi)
3.       Kitab Ahwal Syakhsiah fi syariah islamiyah ( kitab Kuliah syariah tahun 2)
4.       Kitab hadith 40 imam nawawi
5.       Kitab hadith syamail muhammadiayah
6.       Kitab muasyoroh zaujiyah
7.       Sumber media masa


Wallahu a’lam

0 ulasan:

Post a Comment

 
Copyright © 2010 Pena Emas. All rights reserved.