Wednesday, 29 February 2012

Merokok

Merokok
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum,

Sudah lama agaknya tidak menulis di blog ini, hari ini saya ingin menulis berkenaan dengan merokok.

Tidak perlu lagi kita mendifisikan apa itu rokok, kerana semua orang satu dunia telah mengetahui apa itu “rokok”, sehingga hari ini kanak-kanak berusia 8 tahun pun sudah pandai merokok. Apa taknya bila kita tonton filem, bnyak filem-filem yang membudayakan rokok ini, contoh macam cerita KL Gengster, anda semua perhatikan betul-betul filem ini, sekiranya babak-babak yang menunjukkan mereka tension secara lansung mereka akan menghisap rokok. Contoh lain babak Adi Putra yang menjadikan symbol rokok sebagai perwatakan dia sebagai seorang samseng.

Ini bukanlah perkara utama yang saya ingin kongsikan, tetapi disini saya ingin memperkongsikan bahayanya “Rokok”.




Kesedaran ini perlu ada dalam diri seorang perokok, sedar atau pun tidak Rokok adalah diantara punca utama seseorang perokok akan terdedah kepada penyakit kanser dan penyakit-penyakit yang lain. Tidak hairanlah Jabatan Mufti Mesir mengeluarkan  fatwa haram kepada merokok. Sebab islam sangat mementingkan jiwa(nyawa) dan kesihatan.

Seperti yang dinukilkan didalam matan jauhara tauhid oleh syeikh Ibrahim Al-LaQoni :

و حفظ دين ثم نفس مال نسب     ومثلها عقل و عرض قد وجب

Maksudnya: Dan ( wajib) menjaga agama , kemudian ( menjaga) nyawa, harta benda, keturunan # begitu juga ( wajib menjaganya) ialah akal,maruah ( semua perkara ini ) adalah wajib dipelihara


ad-Daruriyyat al-khams yang wajib kita pelihara berdasarkan hukum syara’:
  • agama
  • jiwa (nyawa)
  • harta benda
  • keturunan
  • akal 
  • maruah

Perkara ad-Daruriyyat terbahagi kepada 5 bahagian atau peringkat, seperti yang dijelaskan oleh para ulama’ usul, antaranya adalah memelihara agama, jiwa (nyawa), keturunan, akal dan Harta benda. Dan sebahagian ulama’ yang lain menambahkan peringkat yang keenam adalah memelihara nama baik (maruah) seperti mana yang dinukilkan dalam matan jauhara tauhid.

Memelihara kemurnian agama adalah merupakan perkara darurat yang paling utama dan penting, ianya mesti didahulukan keatas perkara-perkara darurat yang lain, hatta jiwa sekalipun. Begitu juga memelihara keselamatan jiwa  mesti diutamakan dan didahulukan keatas perkara-perkara darurat yang lain.

Apabila waijb  bagi kita menjaga agama maka haram bagi kita untuk  murtad, oleh itu bagi orang yang murtad maka hukumannya bunuh.  (tetapi masih ada perbincangan yang detail tentang perbahasan ini)

Apabila  wajib bagi kita menjaga nyawa maka haram bagi kita untuk membunuh, oleh itu bagi yang membunuh dihukum qisas keatas dirinya dengan hukuman bunuh

Apabila wajib bagi kita menjaga harta benda maka haram bagi kita untuk mencuri, oleh itu bagi yang mencuri dihukum hudud keatas dirinya dengan hukuman dipotong tangannya (tetapi masih ada perpincangan yang detail tentang perbahasan ini)

Apabila wajib bagi kita menjaga keturunan maka haram bagi kita untuk berzina, oleh itu bagi yang mencuri dihukum hudud keatas dirinya dengan hukuman rejam sampai mati bagi perlaku zina yang sudah berkahwin.

Apabila wajib bagi kita menjaga akal maka haram bagi kita meminum arak, oleh itu bagi orang yang meminum arak dihukum hudud keatas dirinya dengan hukuman sebatan keatasnya.

Apabila wajib bagi kita menjaga maruah maka haram kepada kita membuat tuduhan zina (qazaf) -  (contoh membuat tuduhan zina bagi bagi wanita yang solehah)

Oleh itu, disini saya ingin menegaskan bagi perkara yang kedua, memelihara jiwa atau pun nyawa. Islam amat tegas dalam perkara ini, Cuma hari ini kita dimomokkan dengan budaya barat yang tidak lain tidak bukan untuk melemahkan umat islam sedunia. Penyakit kanser, jantung, dan sebagainya boleh kita istilahkan sebagai “the silent killer” yang mana kita tidak menyedari serangannya bagi mengancam kesihatan dan nyawa seseorang.

Contoh yang sudah jelas bagi kita adalah bagi masalah merokok, kadang-kadang si perokok sudah tahu akan kemudaratan merokok, tetapi disebabkan ketagihan yang teruk dia tidak mampu lagi untuk meninggalkan perbuatan merokok ini.

Oleh itu kesedaran perlu ada dalam diri masyarakat terhadap pentingnya masalah ini, mencegah lebih baik daripada merancang



Sebelum saya menyudahi penulisan saya ini, saya teringat kisah yang Allahyarham Ust Sah’ari Ishak ceritakan kepada kami, bahawasanya ada seorang tua yang ingin berhenti daripada merokok selepas ketagihan yang teruk. Antara bahan yang diperlukankan bagi untuk merawat ketagihannya adalah dengan menggunakan hempedu kambing. Punyalah sukar untuk merawat ketagihan ini, maka dengan itu bagi sesiapa yang telah pun terjebak dengan masalah merokok ini, masih lagi tak terlambat untuk berhenti dan memulakan kehidupan yang sihat disamping keluarga tercinta. 

“Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat”

Saya tutup penulisan saya kali ini dengan sepotong ayat al-Quran, Allah swt berfirman:


 َ يا أيها الناس كلوا مما فى الأرض حلالا طيبا و لا تتبعوا خطوات الشيطان إنه لكم عدو مبين


Maksudnya: Wahai manusia! Makanlah dari makanan yang halal dan baik yang terdapat di muka bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu (surah Al-Baqarah : ayat 168)

Sekian
Wallahu a’lam

Rujukan

1.       Al-Quran
2.       Kitab jauhara tauhid – Al-Imam Ibrahim Al-Laqoni
3.       Syarah matan Jauhara Tauhid – AL-Imam Ibrahim AL-bajuri
4.       Fiqh al-aulawiyat – Al-Imam Yusuf Al-Qaradawi
 
Copyright © 2010 Pena Emas. All rights reserved.